Umno tidak boleh jadi kerajaan, kata Dr Mahathir
UMNO tidak boleh dibenarkan menjadi kerajaan semula kerana ia akan membuka ruang kepada rasuah, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata objektif utama adalah untuk mempunyai kerajaan yang bersih dan pada masa sama mengekalkan penguasaan Melayu di Putrajaya.
“Objektif utama kita pada pilihan raya akan datang bukan untuk memusnahkan penguasaan Melayu dalam kerajaan tetapi untuk menukar kerajaan daripada kerajaan yang korup kepada kerajaan yang bersih.
“Untuk itu kita mesti kalahkan Umno. Umno mungkin popular semula kerana orang Melayu sokong Umno, kalau orang Melayu sokong Umno dan menang, Umno akan jadi kerajaan yang korup.
“(Kerajaan) akan dipimpin oleh orang yang korup. Kita mesti lawan Umno dan kalahkannya dan pada masa yang sama, menyedari kita perlu bekerjasama rapat dengan orang bukan Melayu tetapi mesti menjadi orang yang bersih dan tidak terpalit dengan rasuah,” katanya dalam temu bual dengan stesen radio CityPlusFM pagi tadi.
Dr Mahathir adalah presiden Umno selama 22 tahun. Beliau meninggalkan Umno dua kali kerana konflik dalaman.
Beliau pertama kali meninggalkan Umno ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri tetapi kemudian menyertai semula parti itu apabila Najib Razak mengambil alih.
Beliau sekali lagi meninggalkan Umno selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib tercetus.
Pemimpin kelahiran Kedah itu kemudian ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya akan datang yang mana beliau berkata mungkin tidak.
“Saya akan berumur 97 atau 98, saya tahu saya sudah tua tetapi saya bernasib baik kerana saya tidak kehilangan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang ramai. Parti saya mahu saya bertanding tetapi saya rasa tidak patut.
“Tetapi saya akan menyokong parti saya, Pejuang. Pada masa ini Pejuang tidak dikaitkan dengan PH (Pakatan Harapan) atau BN (Barisan Nasional). Kita bersendirian dan kita pastikan pemimpin kita menentang rasuah. Kita mahu teruskan perjuangan sendiri, bersama rakyat yang sudah muak dengan politik tanah air.
“Ramai pemimpin kita dalam Umno ketika negara dalam keadaan baik, kita nak bawa balik Malaysia macam itu dengan pemimpin yang fikirkan negara bukan diri sendiri,” katanya.
Dr Mahathir turut menolak gesaan untuk beliau menjadi PM kali ketiga.
“Saya rasa tidak patut, walaupun saya masih boleh berfungsi. Jika anda baca buku saya, semasa saya menjadi PM kali kedua, kerja yang saya lakukan adalah lebih banyak daripada semasa saya mula-mula menjadi PM. Saya bekerja 18 jam sehari.
“Untuk menjadi PM sekali lagi, kerja terlalu berat. Malangnya, parti saya sangat berminat untuk jadikan saya sebagai PM,” katanya.
Dr Mahathir mula menjadi perdana menteri pada 1981 dan berundur 22 tahun kemudian pada 2003 ketika Umno menghadapi tentangan hebat daripada rakyat akibat gerakan Reformasi.
Bagaimanapun 15 tahun kemudian di bawah PH, Dr Mahathir sekali lagi dipilih untuk memimpin negara. Namun pentadbiran PH berjaya memegang kuasa hanya selama 22 bulan. – 5 Januari, 2022.
BalasPadamBERSATU BAKAL MENJUARAi PRU15
on-taiK cicaK-
masyarakat duniya ke3 seperti maLaysia masih berpaut kepada pencitraan, wayang2 Lakonan ahLi2 poLitik,,,
masyarakat pubLik hanya mahu wayang2 berbanding *hasiL-kerja* ...
apa2 saja hasiL kerja2 poLitik tidaK d pandang niLai masyarakat PubLik jika tidaK d serta-kan dengan wayang2 poLitik.... besar keciL niLai yg d konsumsi masyarakat pubLik gagaL d garap ahLi poLitik tanpa wayang besar
tun m sangat memahami apa yang nazriod tuLis ini... baginda tun m teLah membenaM benih ini puLuhan tahun
d Lihat dari mata-buLat nazriod BERSATU mampu mengambiL ibarah dan teLadan baginda tun mahathir berbanding parti2 Lain, jadi... BERSATU PPBM adaLah caLon yg bakaL mewarisi tahta pemerintahan negara ini
kebijakan masyarakat pubLik masih gagaL menembus *seLimut kemunafikan* ini
nazriod
Setuju Madey seorang Susah nak capai tujuan. Isham cadang rakyat sokong Madey lawan rasuah? Tapi ramai Cina anggap Madey tak berlainan dengan politkus lain, malah lebih teruk. Macam mana nak selesai?
BalasPadamPigi daaaa mahathir!!!!Mula-mula jadi PM macam-macam slogan kau kenalkan. Bersih, cekap, amanah. Kepimpinan melalui teladaan. Ultra melayu lah dan macam-macam lagi. Itu semua untuk mengolah supaya melayu percaya dengan kau. Yang sebenar-benarnya kaulah bapak segala perasuah...bapak segala kroni...bapak segala penyamun (kawak). PPTTUUIIII haramjadah punya keturunan keling (DKK).
BalasPadamrasuah ni masalah sistem / parti / attitude?
BalasPadamdalam parti lain takde perasuah ke?
kalo guna sistem islam sekalipun bakal takde perasuah ke?