MANDI MAYAT
ATAU
WATERBOARDING
KHALAS
Wahai Para Pembacha TukarTiub Yang Budiman
Semasa zaman kanak2 pada tahun 1960an ada suatu ungkapan teka teki di Kelantan :
MANDI MANDA,
PAKAI PATUT,
USONG ARAK,
NAK JUAL TAK LAKU!
Gapor dia????
Jawaban nya orang mati atau jenazah.
Adapun istilah "jenazah" pula lebeh baharu penggunaan nya dari "mayat".Penggunaan "mayat" dianggap lebeh kasar dari jenazah.Suatu kesilapan bijak pandai bahasa.
Mayat juga lebeh tepat dan merupakan bahasa Al Quran.Hatta biar pun sekarang orang panggil Solat Jenazah namun niat Solat Fardhu Kifayah Empat Takbir adalah tetap bagi mayiti atau
"mayat".
Sebut sahaja Jenazah Islam...sudah tentu lah kebiasaannya dimandikan sebelum dikafankan.Hukumnya wajib.Ada pun bagi yang mati shahid, wallah u alam di zaman ini apa itu mati shahid, diharamkan mandi mayat serta solat jenazah.Memadai dikafankan sahaja tanpa dimandikan.
Dalam Islam terdapat pelbagai mandi,ada wajib ( yang berhadath besar, mayat), ada yang sunat (saperti pagi Jumaat , Aidil Fitri, ihram) dan ada setengah pendapat mengatakan makroh di masa tertentu bagi yang sedang berpuasa.
Dalam masharakat Nusantara terdapat pelbagai jenis mandi.Ada mandi bunga,mandi Safar, mandi buang sial, dsbnya.Ada kueh Puteri Mandi dan ada peminat ngintai orang mandi.
Peristiwa Adek Daniel dimandi jenazah atau water boarding menurut Saudara Isham tak perlu dipanjangkan.Mahkamah pun telah buat keputusan ketepikan keputusan kurang matang.Shabas.Kita doakan yang terbaik bagi Adek Daniel.Masharakat kita sedang sakit.
Kembali ke penga'iban menggunakan Jenazah yang orang aqama amat gemar.Satu2 nya larangan dalam Islam adalah penga'iban...seboleh bolehnya ditutop.Namun yang ditangkap tak berpuasa disumbat dalam van jenazah dan diarak sepelusok bandar.Tak ada pula nak parade perasuah, perogol dsbnya.
Jadi tak hairanlah hukoman ala mandi jenazah pula nak dijadikan trend.
Di negeri Trengganu, seseorang yang pemalas atau Berat Tulang itu dipanggil MAYAT HIDOP...Di Utara pula depa tak panggil Mayat Hidop....tapi dipanggil BANGKAI BE'NYAWA....Astagh!
......Namun baik Trengganu
atau Kedah
, jolokkan Mayat Hidop maupun Bangkai Be'nyawa adalah gurauan sayang.Bunyi dashat tapi IBU pun menggunakan terhadap SUAMI dan ANAK kesayangan.A term of endearment and without malice.Itu lah Roh sebenar masharakat penyayang yang semakin pudar.
Penutop kata Para Pembacha Tukartiub amat arif akan istilah Mandi Kerbau.Hanya Saudara Isham yang arif akan istilah Mandi Anjing!
Mandi Tak Mandi
Isham Mandi Tak
Tak Tak Mau Mandi
Isham Mandi Juga Tak
Mandilah kamu sebelum kamu dimandikan
Kah kah kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan