Najib kecewa universiti antarabangsa pilih Indonesia tubuh kampus bersama
BEKAS perdana menteri Najib Razak kecewa kerana dua universiti antarabangsa berprestij tidak memilih Malaysia untuk menubuhkan kampus bersama mereka di rantau ini.
Beliau merujuk kepada Massachusetts Institute of Technology, yang berada di kedudukan No.1 di dunia, dan Universiti Tsinghua di ranking ke-17, yang memilih Indonesia untuk menubuhkan kampus bersama.
“Sebenarnya, Malaysia mampu menjadi hab pendidikan antarabangsa dengan kewujudan universiti-universiti tersohor dari luar negara di Malaysia yang akan menambahkan lagi keyakinan pelajar terhadap negara kita.
“Ini selaras dengan hasrat kerajaan BN dahulu bagi menjadikan pendidikan berkualiti sebagai landasan untuk meningkatkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi yang akan meningkatkan daya saing negara,” katanya dala satu catatan di Facebook hari ini.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata dengan wujudnya universiti antarabangsa di negara ini, lebih ramai pelajar akan mampu mendapatkan pendidikan yang lebih murah.
“Kita juga boleh menjadi pusat bagi pelajar lain dari rantau Asia dan dunia untuk datang belajar di sini tanpa perlu pergi ke negara-negara lain.”
Najib berkata sebanyak 11 universiti antarabangsa telah ditubuhkan semasa beliau menjadi menteri pendidikan dari 1995 hingga 1999.
“Ratusan ribu anak Malaysia telah mendapat manfaat disamping menjimat kos pendidikan mereka.
“Tapi rancangan ini seperti telah terhenti selepas PRU14.”
Najib berkata pada 2018, Universiti Tsukuba Tokyo mahu menubuhkan kampus sama ada di Selangor atau Kedah, namun tiada perkembangan selepas itu.
“Jadi, saya harap Menteri pendidikan hari ini akan berusaha untuk menarik Universiti Tsukuba dan lain-lain universiti terkenal dunia untuk mendirikan kampus di Malaysia agar negara teruskan hasrat bagi menjadi hab pendidikan antarabangsa serta menaikkan modal insan negara,” katanya. – 19 Januari, 2022.
Sapa nak buka university sini ? Yang ada pun dah nak lari dah kah kah setiap Kes keluar berita curik rompak rasuah projek kroni mana ada manusia yang rasional nak buka apa apa di melaysia??? Kah kah Masih nak tipu melayu kah woit Najib, you pun hebat lah tersohor nombor satu dunia kah kah nombor satu dalam sejarah rompakan siang hari kah kah kah
BalasPadam