Selasa, 11 Januari 2022

POLITIK MALAYSIA KEMBALI BERULANG

 




Polis panggil pemimpin PKR isu protes Azam Baki

POLIS telah memanggil beberapa ketua pemuda dan ahli Parlimen PKR berhubung bantahan mereka di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam satu kenyataan berkata beliau, ahli Parlimen Batu P Prabakaran, Naib Ketua Pemuda PKR S Thiban dan setiausahanya Syukri Razab diminta hadir ke balai polis Putrajaya esok untuk disoal siasat.

Polis mahu merekodkan kenyataan mereka berhubung protes di mana sayap pemuda menuntut Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki meletak jawatan.

“Kami akan beri kerjasama sepenuhnya kepada polis namun kami menggesa polis untuk berhenti menakut-nakutkan pemberi maklumat dan kami berpendirian Azam Baki perlu direhatkan,” katanya.

“Kami akan terus menggesa tindakan berhubung perkara ini sehingga perdana menteri mengambil serius isu ini,” tambahnya.

Polis sedang menyiasat kumpulan itu di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu, Akmal yang juga ahli Parlimen Johor Bahru berkata sayap pemuda PKR akan menyerahkan memorandum di Parlimen apabila ia mengadakan Persidangan Khas 20 Januari ini.

“Bagi menjadikan serahan memorandum ini sebagai referendum kebimbangan rakyat, kami akan mengadakan konsultasi bersama para aktivis, kumpulan masyarakat sivil, NGO, aktivis mahasiswa serta kumpulan pendesak lain,” katanya.

Pada pagi Isnin, kira-kira 50 anggota pemuda PKR diketuai Akmal berkumpul di hadapan ibu pejabat SPRM, menuntut Azam meletak jawatan.

Kumpulan itu, yang anggotanya membawa plakad, juga mahu agensi antirasuah itu diletakkan di bawah Parlimen selain menggesa siasatan bebas dijalankan terhadap dakwaan mengenai Azam Baki itu.

Ia turut menyerahkan memorandum kepada wakil SPRM.

Azam Baki menimbulkan kontroversi selepas memberitahu media yang beliau membenarkan adiknya, Nasir Baki, menggunakan akaun dagangannya untuk membeli saham daripada dua syarikat tersenarai awam.

Katanya, saham itu kemudiannya dipindahkan kepada adiknya.

Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa membangkitkan isu tersebut di Parlimen pada 14 Disember, bertanya sama ada Azam Baki mengisytiharkan dakwaan pemilikan 2.15 juta dalam Excel Force MSC Bhd pada 2015, dan 1.93 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 2015 dan 1.02 juta saham tahun berikutnya.

Azam Baki berkata beliau telah memaklumkan kepada pihak atasan mengenai pembelian itu pada 2015, dan mereka tidak menimbulkan kebimbangan. – 11 Januari, 2022.

 

BAGUS BAGUS

POLITIK LAMA

KEMBALI BERULANG

AMIN

ADAM BAKI

TAK DIPANGGIL

POLIS

AMIN

YANG LAWAN

ADAM BAKI KENA

PANGGIL POLIS

AMIN

INI POLITIK LAMA

BAIK UNTUK PROJEK

HASUT RAKYAT

AMIN

RAKYAT SENANG

MELIHAT KERAJAAN

BETUL BETUL

JAHAT DAN ZALIM

AMIN

KALAU KERAJAAN

BUAT BUAT BAIK

SUSAH NAK HASUT

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan