Khalid Samad mohon nama Agong dibersihkan daripada isu balak
AHLI Parlimen Shah Alam Khalid Samad meminta Yang di-Pertuan Agong bertindak terhadap individu yang sebarkan khabar angin tentang istana untuk kepentingan peribadi.
Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen Amanah itu berkata jika isu ini tidak ditangani, ia mungkin meruntuhkan institusi diraja yang merupakan salah satu tonggak utama negara.
“Ekoran dari banjir yang melanda negara, khasnya di Pahang, banyak khabar angin tersebar yang melibatkan nama baik Yang di-Pertuan Agong dan kerabat diRaja Pahang berhubung dengan pembalakan di negeri itu.
“Saya yakin, Tuanku Yang Dipertuan Agong tidak ada kaitan dengan perkara ini dan sebaliknya, nama Baginda serta Istana Pahang telah dipergunakan untuk kerja-kerja durjana ini!
“Nama baik Baginda dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang menggondolkan bukit bukau negeri Pahang secara rakus dan tanpa berperikemanusiaan.
“Sehubungan dengan itu, patik dengan suci hati memohon agar Tuanku membersihkan nama baik Tuanku dengan membuat penjelasan serta menjauhkan diri Tuanku dari pihak yang menggunakan nama Tuanku untuk kepentingan diri mereka sendiri.
“Patik memohon agar Tuanku akan turut mengarahkan agar tindakan dikenakan ke atas mereka yang membalak atas nama Tuanku kononnya dan segala kegiatan pembalakan yang memusnahkan alam sekitar dihentikan segera,” katanya.
Khalid antara yang terbaharu membangkitkan perkara tersebut selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mengecam individu tertentu yang menyebarkan khabar angin mengenai Agong.
Sebuah video tular menunjukkan seorang “usahawan” mendakwa beliau akan mengadu kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai bantahan seorang Puan Seri terhadap kegiatan pembalakan yang dilakukannya di Pahang.
Lelaki itu mendakwa dia mendapat perlindungan daripada pihak istana termasuk daripada beberapa Tan Sri dan Datuk Seri. – 3 Januari, 2022.
Adooi ..manyak lanchow ..mana libey chenang tangkap olang talok signbod ke atau olang buat kabar angin. Signbod sudah pacak telang telang kata Laja sulah kasi potong balak ..ini mukan kabal angin, ini hat sulah tulis, loli balak sulah keluat masok angkat balak ..lagi tak bley tangkap ..mutot ka ..bolo ..
BalasPadamUntuk pengetahuan tuan Khalid...ada perpatah mengatakan Negeri Pahang ni mengiakan benda-benda yg besar sahaja...rumah besar..kereta besar..lembu besar..balak besar .Bini besar..koleksi girlfriends besar..berbelanja besar..tapi anu tu.u..ms standard tengok scud siSenik..cukup..tapi kalau kita persoal hal-hal melibatkan hasil bumi..pembalakan..dan pajakan..itu hak mutlak orang kayangan/berkerabat yang singgahsananya atas puncak bukit..ada juga yang berkedamaian ditanah lapang yg cukup luas..dipenuhi dayang-dayang/Kuli yg sanggup mengabdikan diri..dikelilingi dgn kereta mewah dan kudakuda peliharaan..orang tak bolih persoalkan hak mutlak.. Mereka ni dah evolved menjadi pari-pari berterbangan..dah lupa daratan..
BalasPadam