Protes Azam Baki: Polis lencong 5 jalan, tutup stesen LRT Bangsar
POLIS melencongkan lima laluan di sekitar Brickfields dan menghentikan operasi stesen kereta api di Bangsar pagi ini bagi menghadapi perhimpunan #TangkapAzamBaki di ibu negara.
Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata lencongan melibatkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar.
“Lencongan ini akan bermula pada jam 7 pagi, 22 Januari hingga selesai,” katanya lewat malam tadi.
Selain itu, operasi beberapa stesen utama kereta api, MRT, LRT dan Monorel di Kuala Lumpur juga akan dihentikan sementara, kata Amihizam.
“Polis menerima maklumat mutakhir pada 21 Januari 2022 jam 11 malam yang beberapa individu akan menganjurkan perhimpunan pada 22 Januari 2022 jam 11.00 pagi di LRT Bangsar.
“Perhimpunan ini jelas melanggar undang-undang dan polis tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan dari mana-mana pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya. – 22 Januari, 2022.
SHAM RAIS, khabarnya Isnin ini azam baki bakal ditabalkan sebagai Ketua Negara Malaysia yang baru dan semua Wang Kertas Ringgit MALAYSIA🇲🇾 akan diletakkan gambar azam baki memakai topeng muka. hallelujjah ☕
BalasPadam