Jumaat, 28 Januari 2022

TERBAIK UNTUK DAPAT TELO PENYU

 




Tiada ruang untuk Warisan, Pejuang dalam Pakatan, kata sumber

WARISAN dan Pejuang tidak akan menjadi sebahagian daripada “khemah besar” Pakatan Harapan (PH) semasa pilihan raya negeri (PRN) Johor, sumber memberitahu The Malaysian Insight.

Pakatan pembangkang utama bagaimanapun terbuka untuk berkongsi beberapa kerusi dengan parti berasaskan belia, Muda, tambah mereka.

“Sukar untuk sertakan Warisan dan Pejuang kerana kedua-duanya dilihat tidak berminat untuk berkongsi kerusi,” kata sumber dari Majlis Presiden PH.

“Komen awal kedua-dua parti adalah tidak munasabah kerana mereka mahu bertanding kerusi majoriti. Apa yang tinggal untuk kita?” tambahnya.

Susulan pembubaran DUN Johor pada 22 Januari, ketua Pejuang negeri Sharuddin Md Salleh berkata parti itu merancang bertanding untuk 42 kerusi manakala Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata parti itu mahu membuat penampilan sulung di Semenanjung Malaysia pada PRN Johor.

Bagaimanapun awal minggu ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata pakatan itu akan mengajak semua parti pembangkang, termasuk Pejuang, Warisan dan Muda, untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang.

Anwar berkata ini adalah untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan ditewaskan dalam pilihan raya, bermula dengan PRN Johor.

“Persetujuan awal telah dibuat yang mana kita akan membuka ruang mengajak semua pembangkang dan masyarakat sivil untuk memastikan ada perubahan. Ia tidak akan membantu jika terdapat keretakan (dalam pembangkang).”

“Kita perlu ada satu suara, satu tindakan dan satu strategi untuk memastikan Umno/BN ditewaskan, bermula di Johor,” kata ketua Pembangkang itu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden selama dua jam.

Seorang lagi pemimpin H, yang enggan namanya disiarkan berkata kenyataan Warisan baru-baru ini menyebabkan mustahil untuk bekerjasama dengan parti Sabah dalam PRN Johor.

“Satu perkara bagi Warisan untuk mengambil beberapa bekas pemimpin dan ahli Parlimen kami selepas melancarkan parti mereka di sini, satu lagi kerana membuat kenyataan menyerang kawasan pilihan raya kami,” kata pemimpin itu.

Warisan menjalankan usaha untuk menambah keahlian di semenanjung dengan sebahagian besarnya adalah daripada DAP.

Hanya beberapa hari selepas mengumumkan mereka menyertai Warisan, bekas ahli Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi berkata parti itu merancang untuk bertanding di semua kerusi negeri dan Parlimen di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain Ooi, bekas pemimpin DAP lain yang menyertai parti Sabah itu termasuk bekas exco Pulau Pinang Danny Law dan Adun Teratai Bryan Lai, yang keluar parti tahun lepas.

Pemimpin parti itu berkata beberapa peristiwa menjelang pilihan raya negeri Sabah pada 2020 juga meninggalkan kesan.

“Warisan sangat tidak pedulikan PH, terutamanya PKR, semasa rundingan kerusi (di Sabah),” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata PH sudah memuktamadkan rundingan kerusi mereka dengan PKR untuk PRN, dengan Amanah dan PKR masing-masing bertanding 20 kerusi, manakala DAP akan bersaing untuk 16 kerusi.

Ini selepas parti itu membahagikan 18 kerusi yang ditandingi Bersatu sebelum ini, dengan PKR dan Amanah masing-masing mengambil lapan kerusi tambahan dan DAP tambahan dua dalam 56 kerusi DUN Johor.

Mohamad bagaimanapun berkata, pintu masih terbuka kepada Muda dan rundingan masih diteruskan.

Pada pilihan raya 2018, Bersatu (ketika itu sebahagian daripada gabungan PH) bertanding di 18 kerusi manakala DAP bertanding untuk 14 kerusi dengan PKR dan Amanah mendapat 12 kerusi.

Sebelum pembubaran itu, Umno dan DAP mempunyai bilangan kerusi terbanyak di DUN Johor dengan masing-masing 14 diikuti Bersatu (11), PKR (7), Amanah (6), MIC (2) dan PAS (1), berjumlah 55. selepas kematian Adun Kempas Osman Sapian Disember lalu.

Pada 2018, gabungan PH menyingkirkan BN selepas memenangi 36 daripada 56 kerusi manakala BN dan PAS masing-masing hanya mempunyai 19 dan satu kerusi.

Namun berikutan pembelotan oleh Bersatu dan wakil rakyat PKR yang dipilih pada 2020, BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional untuk memerintah negeri itu dengan majoriti mudah 29 kerusi DUN.

Majoriti mudah itu, bagaimanapun, dikurangkan kepada 28 selepas kematian Osman pada 22 Disember. – 28 Januari, 2022.

OTAK BANGANG

POLITIKUS

AMIN

CARA BANGANG

POLITIKUS

BERFIKIR

KAH KAH KAH

TERJAMIN SEMUA

AKAN DAPAT

ANUGERH

TELOR PENYU

KAH KAH KAH

1 ulasan:

  1. Tau tak kenapa tak ada ruang dalam khemah besar Pakatan Harapan? Kerana ada gajah besar dalam khemah. Orang putih kata "elephant in the room". Kalau halau gajah itu, maka ada ruang besar. Tapi orang Pakatan Harapan Mata kabur tak nampak gajah.

    BalasPadam