Akan protes lagi jika Azam Baki tidak kena tindakan, kata kumpulan
PENGANJUR protes #TangkapAzamBaki hari ini berkata ia akan membuat tunjuk perasaan sekali lagi jika pihak berkuasa tidak bertindak terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.
Aktivis Undi18 Qyira Yusri berkata mereka jangka Putrajaya akan bertindak selepas bantahan mereka hari ini.
“Kami harap kerajaan ambil tindakan segera terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki,” katanya selepas protes bersurai.
Walaupun polis menutup stesen LRT Bangsar dan melencongkan trafik di kawasan itu, kira-kira 200 orang peserta berjaya berkumpul di stesen itu.
Qyira berkata semangat mereka bertambah dengan kehadiran yang tinggi kebanyakannya golongan muda.
“Walaupun kami tidak berhimpun untuk tentang ahli politik, namun sangat bagus apabila melihat generasi muda bangkit menentang rasuah,” katanya menambah bantahan itu juga didorong oleh pertubuhan bukan kerajaan.
Aktivis Adam Adli Abdul Halim juga bersetuju dengan Qyira mengenai kemungkinan mengadakan perhimpunan jalanan lain jika tiada tindakan diambil.
“Kita akan teruskan banyak lagi kempen seperti ini sehingga Azam Baki disiasat.
“Protes hari ini boleh dianggap berjaya kerana kita nampak reaksi kerajaan tutup Kuala Lumpur,” kata Adam.
Perhimpunan itu, anjuran kumpulan masyarakat sivil dan parti politik diharamkan selepas polis mendapat perintah mahkamah melarang perhimpunan di pusat beli-belah Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
Penganjur kemudian menukar tempat ke stesen LRT Bangsar, tetapi polis menutup kawasan dan jalan di sekelilingnya selepas mengetahui perkembangan itu.
Perhimpunan itu diadakan bagi menuntut penahanan Azam Baki, berikutan dakwaan beliau membeli berjuta-juta saham pada 2015 dan 2016. – 22 Januari, 2022.
Aku dah utarakan kat sini dan TT pon sebenarnya dah siarkan, tapi bagi aku nyatakan sekali lg mungkin tak betul pemahaman. Kalau apa yg Azam Baki buat salah, sebelum naik jadi kepala SPRM org dah kecoh, masa PH jadi kerajaan pon dah boleh ditangkap. Nama dia naik dalam financial report bukan tahun ni, tapi tahun 2015,2016,woii dah lebih 5 tahun. Sebab tu aku nak royak, ni taktik alih perhatian Mail, korang semua yang bodoh. Isu Azam bukan isu pokok rakyat sekarang ni. Kalau PKR atau PH atau mat konon rebel nak Demo, buat Demo isu banjir. Woii banjir besar yg berlaku boleh berulang lagi tahun depan!! Kenapa tak sedar kenapa tak demo isu banjir? Tak sedarkah kamu sedang diperbodohkan? Setakat ratus org turun demo tak payah sembanglah, masuk berita satu hari ja, pastu rakyat dah tak ambik pot. Fokus isu banjir, isu alam sekitar, isu balak,..atau Politikus semua berpakat nak senyapkan isu sebenar? Dan kamu semua adalah lalang yang mengikut deruan angin yg mereka tiup? Sedarlah semua, termasuk kau TT!!!
BalasPadam