Gabungan ‘payung besar’ sukar selagi kepentingan Anwar didahulukan – Pejuang
KUALA LUMPUR – Pelawaan Pakatan Harapan (PH) supaya semua parti-parti pembangkang bergabung di bawah satu ‘payung besar’ dianggap tidak ikhlas.
Walaupun idea itu tampak seakan-akan baik daripada segi teori dan lunak didendang namun ia tidak lebih sekadar retorika politik.
Ini kerana sikap “abang besar” Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Anwar serta konco-konco reformisnya menjadi penghalang utama menghindari parti-parti pembangkang lain daripada terlibat sama.
Naib Ketua Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Nik Fathurahman Nik Rasli mendakwa ini dibuktikan melalui tindakan PKR yang mahu menggunakan logonya sendiri berbanding logo PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
”Malah, saya difahamkan Anwar belum lagi menghubungi mana-mana kepimpinan Pejuang untuk rundingan. Kenyataan bersama Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah kecewa namun terpaksa akur juga adalah indikasi kejelekan mereka kepada sikap “abang besar” PKR.
”Panggilan ‘Payung Besar’ ternyata hanya halwa mulut. Anwar mahu strategi ‘payung besar’ gagal, justeru dengan sengaja mencari jalan bagi mensabotaj idea yang asalnya datang dari DAP dan PAN. Berani saya katakan juga bahawa PKR dan Anwar mahu keseluruhan struktur dan kewujudan PH itu gagal,” katanya.
Tambahnya, PKR bersikap begitu kerana mereka mempunyai kecurigaan kepada parti khususnya seperti Pejuang yang masih tinggi walaupun rasa curiga serta paranoia itu tidak berasas serta dibelakangi naratif sempit yang tidak benar buatan kumpulan Anwar.
”Naratif kononnya Dr Mahathir (Mohamad) berkemungkinan mempunyai kaitan dengan “Langkah Sheraton” adalah tidak berasas sama sekali. Ia telah dibuktikan melalui jujukan peristiwa sebelum dan selepas.
”PH secara kolektif juga sering mengkambinghitamkan semua yang kononnya tidak baik sewaktu era PH ke atas sosok Dr Mahathir. Pada masa sama, mereka mengambil kredit pula ke atas semua perkara yang baik yang berlaku di era tersebut. Di mana prinsip collective responsibility PH?” soalnya.
”Di persimpangan ini, satu kerjasama politik atas inisiatif ‘payung besar’ adalah sukar kerana nampaknya, kepentingan PKR dan Anwar lebih didahulukan berbanding kepentingan keseluruhan gabungan,” tambahnya.
atoK sorang negarawan...atok pintar bikin jaLan peLan A x jaLan ada peLan B...peLan C
BalasPadamatok banyaK baca buku banyaK peLan nanti kuar ijN atok peLan2 bukaK peLan, atok English-speaking pandai cakaK keLing juga