Umno sembuh bukan kerana ubat PAS, kata Mat Hasan
UMNO menangkis serangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyifatkan parti itu tidak mengenang budi selepas dibantu sehingga mampu bangkit semula pada masa ini.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata parti tersebut bangkit semula kerana sokongan orang Melayu dan bukan bantuan PAS.
“Bagi mereka yang menggelar Umno dengan pelbagai gelar, itik, angsa, harimau dan sebagainya, gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun.
“Umno masih lagi parti Melayu terbesar. Malah parti politik terbesar di Malaysia. Kami bangkit semula bukan kerana ubatan mujarab PAS.
“Tetapi kerana dukungan orang Melayu terhadap Umno dan kerana buruknya prestasi kerajaan PH (Pakatan Harapan) dan PN (Perikatan Nasional),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menjawab kenyataan Hadi semalam yang menyifatkan Umno seperti “itik patah kaki” yang kini mahu berenang semula sendirian selepas diselamatkan PAS melalui Muafakat Nasional.
Dalam kenyataan itu, Hadi turut berkata PAS bukan peminta sedekah dan tidak perlukan tawaran dari Umno berhubung pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau mahu Umno memahami PAS mempunyai kekuatan sendiri untuk menghadapi PRN tersebut, seperti mana dalam PRN Melaka pada Oktober lalu.
Hadi turut menolak dakwaan PAS ditawarkan untuk bertanding sehingga empat kerusi di Johor dan menjelaskan perkara tersebut tidak dirundingkan.
Tambahnya, Umno tidak perlu megah dan mendabik dada sebagai parti yang kuat kerana setiap parti ada kelebihan masing-masing.
Selain itu, Hadi turut mengancam akan mengambil tindakan sekiranya Umno terus menggerakkan usaha mengadakan pilihan raya negeri selepas ini.
Katanya lagi, PRN Johor juga hanya digerakkan untuk menjaga kepentingan pemimpin Umno yang kini berdepan tuduhan di mahkamah.
Menjawab kenyataan itu, Mohamad berkata, PRN Johor perlu diadakan untuk mendapat mandat baharu dan bukan atas kehendak kluster tertentu dalam Umno.
“Menuduh kluster itu dan ini sebagai penyebabnya adalah sangat tidak munasabah. Untuk makluman istilah itu hanya ciptaan musuh Umno sahaja.
“Umno bukan seperti parti lain. Tiada wala kepada Presiden dan tiada seorang yang berkuasa memutuskan segalanya.
“Ia adalah parti untuk semua dan bukan dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja,” katanya lagi.
Katanya, PRN itu juga boleh diadakan untuk membuktikan sama ada PAS dan PN juga masih relevan pada masa ini.
“Jika PAS merasakan BN itu tidak lagi relevan, kita pulangkan lah kepada rakyat untuk memutuskannya.
“Dan biarlah rakyat juga memutuskan samada PAS dan PN itu relevan lagi kah atau tidak,” katanya. – 29 Januari, 2022.
Habis pancut blah lah, takan nak buat bini? Kan dah bayor ? Apa lagi lu orang mahu??? Mahu nikah nikah sorry sorry lah ya, jangan buang masa, bayor udah pancut udah so blah blah ada pelanggan lain, ada customer lain, pergi sana jual lagi buka lagi kah kah kah padan muka, dah lah kepala bungkus, oxisgen tak masuk otak, lambat fikir lambat segala tapi bab dollar laju laju ambik kah kah kah mampooosssss
BalasPadam