Sabtu, 29 Januari 2022

ZAHID BERCAKAP BENAR

Bersatu ada isu kredibiliti sekarang, kata presiden Umno

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kredibiliti Bersatu sebagai parti politik kerana beberapa pemimpinnya kini sudah keluar parti.

Dalam catatan Facebook, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Bersatu kini berdepan defisit keyakinan walaupun mereka mendakwa ia akan menggantikan Umno.

“Bagaimana anda mengharapkan orang ramai mempercayainya sedangkan pemimpin akar umbinya sendiri nampaknya hilang keyakinan terhadap parti,” katanya dalam catatan itu hari ini.

Beliau menyindir Bersatu dengan mengatakan bahawa itulah perbezaan antara sesuatu yang tulin dan tiruan, autentik dan rekaan.

“Pastinya yang original adalah berkualiti berbanding ciplak.

“Kesimpulannya, Umno satu-satunya parti yang jujur ​​dalam membela dan memperjuangkan hak rakyat,” katanya lagi mengenai serpihan Umno itu.

Komennya dibuat selepas penyandang Adun Larkin, Izhar Ahmad keluar parti untuk menyertai Umno.

Minggu lalu, bekas Ketua Bersatu Johor dan bekas Exco kerajaan negeri Mazlan Bujang turut meninggalkan parti itu.

Mazlan, pengerusi jawatankuasa pendidikan, penerangan, warisan dan kebudayaan negeri sebelum DUN Johor dibubarkan Sabtu lalu berkata, beliau adalah Adun bebas yang menyokong BN.

Rakyat Johor akan keluar mengundi susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Februari untuk menetapkan tarikh.

PRN itu diadakan demi “kestabilan politik”, menurut Umno yang mengetuai kerajaan negeri dengan majoriti satu kerusi. – 29 Januari, 2022.


ZAHID BERCAKAP

BENAR 

TIDAK BOHONG

 BENAR BELAKA

AMIN

GEROMBOLAN 

TAK DAPAT DI TIRU

DI CIPLAK ATAU

DI POTO KOPI

AMIN

GEROMBOLAN

ORI LAGI TULIN

KAH KAH KAH

AMIN

PRESIDEN PARTI

TERLIBAT

 KES BUNUH

AMIN

PRESIDENT ZAHID

ADA 47 KES

DI MAHKAMAH

AMIN

NAJIB

BEKAS PRESIDEN

PARTI KENA 12

TAHUN PENJARA

AMIN

PARTI INI

MENJADIKAN

RASUAH BUDAYA

AMALAN

AMIN

PARTI LAIN

RASUAH RIBU RIBU

TAHAP

 TOK SARJANA

AMIN

GEROMBOLAN

RASUAH  BILION

BILION RINGGIT

JUTA JUTA DOLAR

AMIN 

KES ROMPAKAN

GEROMBOLAN

BERTARAF

INTERNASIONAL

BUKAN CEKAI 

BUKAN KECIK ANAK

AMIN

1 ulasan:

  1. Ini skrip dah lapok. Setiap kali pilihanraya mesti ada kutu keluar parti. Tak payah ulang lah, Wak. Pergi meeting dengan lawyer kamu lagi baik. Jangan salah pilih lawyer pulak nanti jadi macam bosku

    BalasPadam