Khamis, 24 Februari 2022

akta ibrahim ali

 



Wan Junaidi yakin RUU anti lompat parti diluluskan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar yakin Rang Undang-Undang (RUU) anti lompat parti yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat kelak diluluskan berdasarkan respons yang diterima menerusi sesi libat urus.

Katanya, sesi itu yang diadakan bersama pihak berkepentingan termasuk Ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin parti mendapat 7,000 respons untuk dianalisis.

“Secara keseluruhan dan prinsipnya, ramai bersetuju. Jadi hanya tinggal satu persoalan iaitu apabila perlembagaan hendak dipinda, ia berkehendakkan dua pertiga undi atau sokongan di Dewan Rakyat iaitu sebanyak 148 sokongan daripada 220 jumlah ahli dewan (Ahli Parlimen) sekarang.

“Kalau dapat 148 undi atau lebih, barulah undang-undang ini boleh diluluskan tetapi dalam jangkaan saya selepas melihat pandangan banyak pihak, saya yakin… (RUU diluluskan),” katanya yang ditemui sebelum memulakan perbincangan mengenai ‘Memperkasa Demokrasi Malaysia’ dalam Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.

Sebelum ini, Wan Junaidi dilaporkan berkata, beberapa cadangan pindaan perlembagaan akan dibentang semasa persidangan Dewan Rakyat bermula 28 Februari ini termasuk RUU berkaitan Anti Lompat Parti dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal.

Ia selaras saranan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang mahu RUU berkenaan disegerakan selepas kerajaan memeterai memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik bersama Pakatan Harapan pada 13 September 2021.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, RUU anti lompat parti itu digubal bukan untuk menghalang proses demokrasi dalam kalangan ahli politik sebaliknya untuk mengelakkan kemudaratan pada negara khususnya dari sudut ekonomi.

“Sebenarnya dalam demokrasi itu sendiri, walau di mana-mana pun mesti ada parameternya sendiri atau ada skop sendiri. Jadi untuk menyeramakkan demokrasi, mesti ada peraturan dan undang-undang kerana kadang-kadang sikap manusia ini hendak bebas tanpa ada rintangan,” katanya.

Sementara itu, pada program itu, Wan Junaidi menegaskan RUU itu bersifat universal dan bukan untuk menegakkan pendirian individu tetapi lebih kepada parti kerana akan mendorong ahli parti menjadi berdisiplin.

Dalam program itu, beliau turut menyentuh mengenai RUU pembiayaan dana politik yang kini sudah siap kajiannya namun belum dibentangkan lagi kepada Kabinet. – Bernama, 23 Februari, 2022.

INI NAMANYA

AKTA 

IBRAHIM ALI

AMIN

DI NEGARA LAIN

TAK PERLU

AMIN

TAPI DI MALASYIA

BUMI TROPIKAL

SELALU HUJAN

ADA BANJIR

BANYAK PAYA

RAMAI KATAK

BERKELIARAN

AMIN

MALAH BERUDU

PUN RAMAI

AMIN

MAKA DIPERLUKAN

AKTA

IBRAHIM ALI INI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan