Jangan dimalukan seseorang secara berulang – Khairuddin Audi Al-Ketati
KUALA LUMPUR – Semalam Khairuddin Audi Al-Ketati ada membuat kenyataan di media sosialnya namun tidak jelas mesej itu ditujukan kepada siapa.
Dalam kenyataan itu, beliau berkata; “Jangan dimalukan seseorang secara berulang. Sekali mungkin dia berdiam dan bersabar. Tapi tidak selamanya dia akan berdiam diri bila maruah dicemar dan diceroboh secara berulang. Setiap perkara itu ada batasannya. Jangan melampaui batas kerana akibatnya sangat buruk.
“Setiap pemberitaan mesti diselidik. Jangan melulu membuat kesimpulan daripada perkhabaran. Akibatnya kamu menzalimi seseorang pada maruahnya. Perlakuan itu dosa besar jangan dianggap kecil.
“Setiap tuduhan perlukan pembuktian. Jangan jadi zalim menuduh tanpa bukti lalu disebarkan bagi merosakkan maruah dan reputasi. Kaedah Islam jelas; bukti didatangkan oleh orang yang mendakwa. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” tulisnya lagi.
Dalam hantaran itu, beliau tidak menyatakan secara jelas kepada siapa ia ditujukan namun selepas ia digugurkan dari jawatan Majlis Syura barulah ramai menganggap ia ditujukan kepada pucuk pimpinan partinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan