Sabtu, 5 Februari 2022

HARI GAGALIS UNTUK HAKIM

 




Prosiding saman 35 bekas hakim terhadap kerajaan ditetapkan 14 Februari ini

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini telah menetapkan 14 Februari depan bagi mendengar kes saman yang telah difailkan oleh 35 pesara hakim atas dakwaan kerajaan gagal menetapkan pencen dan faedah yang sepatutnya diterima sejak 2015.

Melalui semakan sistem mahkamah hari ini, pengurusan kes akan dijalankan secara atas talian di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. 

Antara yang mengemukakan saman termasuklah bekas Presiden Mahkamah Rayuan dan bekas Hakim Besar Malaya.

Antara mereka termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff; bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Norma Yaakob; bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yunos dan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.

Selain itu ia juga melibatkan tujuh orang balu serta tanggungan mereka, antaranya balu kepada bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abdul Malek Ahmad.

Saman pemula tersebut telah difailkan minggu lalu di Mahkamah Tinggi di sini melalui firma-firma guaman, Tetuan Chooi & Company + Tetuan Cheang & Ariff dengan menamakan kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam turut dinamakan sebagai defendan kedua hingga keempat.

Dalam penyataan yang difailkan itu,  mengikut Seksyen 15B Akta Saraan Hakim 1971, pencen hakim-hakim bersara dan orang tanggungannya yang telah meninggal dunia diselaraskan secara automatik berdasarkan gaji semasa hakim yang masih berkhidmat.

Ia juga perlu disemak secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Malah kata mereka, cara pengiraan pelarasan tersebut telah dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan Keempat akta tersebut namun jadual itu telah dipadamkan daripada daripada akta tersebut

Ini juga telah menyebabkan hak mereka terjejas apabila gaji Hakim Hakim yang sedang berkhidmat telah dinaikkan berkuatkuasa dari 1 Julai 2015.

“Di bawah peruntukan seksyen 15B Akta Saraan Hakim 1971 (sebelum pindaan dibuat), pencen plaintif akan diselaraskan secara automatik sejajar dengan kenaikan gaji hakim yang masih berkhidmat.

“Bagaimanapun, mengikut peruntukan seksyen 15B(1) (selepas pindaan dan dikira secara retrospektif), pencen hakim bersara diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan dua peratus dan tidak lagi mengambil kira kenaikan gaji yang diterima oleh hakim-hakim yang masih bekerja,” katanya. 


WOIT

APA SUDAH JADI

KAH KAH KAH

INI TAN SERI

HAKIM PENCEN

KAH KAH KAH

MEREKA BUKAN

POLIS PENCEN

KAH KAH KAH

BERILAH HORMAT

PADA MEREKA

AMIN

KAH KAH KAH

KES DIBUKA

14 FEBUARI

KAH KAH KAH

HARI  GAGALIS

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

  1. padan muka dulu ikut skrip penyamun sangat ini balasannya sekarang jasa mu tak dikenang lagi , dah pencen... habis cerita.

    BalasPadam
  2. berita ini adalah permulaan apabila kerajaan dengan kera kera skali dengan kura kura baru sedaq tak bleh bayar pencen sampai u mampus masyuk syurga dan dapat menjilat 70 plus plus bidadari..dah dapat 70 plus plus tak payah pencen la...mana lebih? tau kira atau kena tanya ah chee sebelah?

    BalasPadam