Anggota MPT PPBM setuju Zuraida dipecat
KUALA LUMPUR – Rata-rata anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju supaya memecat Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan salah seorang daripada anggota MPT parti itu.
Persetujuan itu kerana Zuraida yang juga merupakan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi didakwa terlibat dalam pembentukan Parti Bangsa Malaysia (PBM) secara langsung.
Untuk makluman, PBM merupakan sebuah parti yang telah diambil alih serta ditukar nama dari Parti Pekerja Sarawak selepas Pertubuhan Pendaftaran (RoS) telah meluluskan permohonan tukar nama dan pindaan perlembagaan parti pada 27 Oktober tahun lepas.
Zuraida juga pernah disebut-sebut mengetuai parti itu namun beliau menyangkalnya.
Selain Zuraida, ada beberapa lagi ahli Bersatu yang dijangka berdepan dengan tindakan pemecatan dalam masa terdekat.
Media melaporkan, cadangan tersebut telah dibangkitkan pada mesyuarat MPT pada 25 Januari lepas yang telah dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Zuraida dikatakan tidak hadir ketika cadangan itu dibincangkan.
Bagaimanapun belum ada apa-apa keputusan berhubung perkara tersebut, sebaliknya Zuraida telah diminta untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut.
Pada mesyuarat Agung Luar Biasa PBM 14 November lepas, PBM meluluskan pelantikan barisan kepimpinan baharu melibatkan dua ahli parlimen bebas bekas PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) dengan masing-masing memegang jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Jawatan Presiden ditinggalkan kosong dan berterusan menimbulkan spekulasi namun pada mesyuarat Agung khas PBM pada awal tahun ini, Larry Sng pula dilantik Presiden ‘sementara’ manakala Steven pula Naib Presiden.
Bekas Setiausaha Politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad pula dilantik menjadi Setiausaha Agung, selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Haniza Mohd Talha pula dilantik Timbalan Presiden PBM.
Zuraida juga pernah menjadi Naib Presiden PKR sebelum dipecat bersama-sama Mohamed Azmin Ali oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim selepas terlibat dengan ‘Langkah Sheraton’ sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dua tahun lepas.
Beliau kemudian menyertai PPBM namun sejak awal lagi sudah ada khabar angin Zuraida bakal menubuhkan sebuah parti baharu bersama-sama pengikut yang sehaluan dengannya.
Mael biri yidin nih grade -C jer jadi PM tuh sebab langkah sheraton atau 114 jer modal jadi PM...bosscow tuh terbukti F jadi PM pulak dah jatuh hukum banduan....mana ada tanding atuk dekat satu ratus 2X PM satu Interim PM malah superpower Putin pun boleh datang makan lunch kat rumah atok siap secieity detail semua bukan kat rumah kerajaan....mana ada level atuk ngan grade jahid yidin mael jibon nih semua tak leh pakai dahhh...
BalasPadamcari Laaa berita gadis dan janda2 yg seLim macam rina harun rakyat maLaysia sudah Lama menderita kovid banjir Lokdawn ribut bebagai...jangan Lah tambah penderitaan rakyat dgn saji2sajian berita orang gemOk yg bikin susah meneLan majanan serta minuman
BalasPadamMana mana ahli politik di negaraku tiada special, tiada cemerlang pun, semua jenama cari makan, cari peluang buat duit, mana ada prinsip, mana ada intergriti, mana ada ikhlas, dari presiden parti sampai lah Ahli biasa, semua ada kepentingan, semua ada projek, semua ada wawasan, untuk diri, kaum kerabat, sanak pinak kaum keluarga sahaja, cakap cakap merapu boleh lah, demi negara, demi agama, demi bangsa demi ketuanan kah kah kah muka mereka, ada peluang sapu, ada peluang rembat, ada peluang masuk projek, lepas ITU merapu cakap Hal ekonomi, politik konon nampak cerdik mampooosss lah Negaraku, kesian lah Negaraku ini, nak jumpa manusia yang ikhlas Dah kurang dah lupus, saki Baki semua jenama penyamun kah kah bila kepala negara penyamun apa lagi jentera bawah bawah lagi kuatlah rasuah nya, lagi kuat lah sapunya, akhirnya rakyat menderita amin
BalasPadam