Selasa, 15 Februari 2022

INI KES APA ? AGAK PELIK

 


Mahkamah tangguh hantar pulang bekas pesuruhjaya tinggi Bangladesh 

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberikan perintah interim untuk menghentikan penghantaran pulang Mohamed Khairuzzaman, bekas pesuruhjaya tinggi Bangladesh ke Malaysia.

Hakim Mohd Zaini Mazlan membenarkan perintah sementara itu bagi menunggu perbicaraan permohonan habeas corpus yang mencabar kesahihan penahanan Mohamed oleh pihak berkuasa Malaysia.

Peguamnya Edmund Bon berhujah yang tanpa penangguhan, terdapat risiko anak guamnya boleh dihantar pulang pada bila-bila masa.

“Saya memberikan tempoh sementara, sementara menunggu pelupusan penangguhan dan permohonan habeas corpus,” kata Zaini.

Permohonan habeas corpus akan didengar pada 20 Mei. Ia menamakan menteri dalam negeri, ketua pengarah imigresen dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Mohamed berkhidmat sebagai pesuruhjaya tinggi di Malaysia dari Ogos 2007 hingga Januari 2009.

Beliau diambil dari kediamannya di Ampang dalam operasi bersama Jabatan Imigresen dan polis Bangladesh pada 9 Februari lalu.

Kerajaan Bangladesh membatalkan pasport Mohamed pada Januari 2009 dan memanggilnya pulang semula ke Dhaka untuk berdepan perbicaraan jenayah berhubung pembunuhan politik 1975.

Mejar tentera bersara berusia 70 tahun itu sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Menurut laporan media Bangladesh, Mohamed mendapatkan bantuan daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian di Kuala Lumpur, kerana bimbangkan keselamatannya selepas pasportnya ditarik balik.

Sejak itu, beliau hidup sebagai pelarian di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata penahanan Mohamad adalah mengikut undang-undang. – 15 Februari, 2022.

INI KES APA

AMAT PELIK

AMIN

DAH 10 TAHUN

MAMAT INI

TINGGAL SELAMAT

SEBAGAI PESUAKA

POLITIK

TUP TUP

JADI ORANG JAHAT

AMIN

DULU DITUDUH

JAHAT KEMUDIAN

BEBAS

JADI DUTA

AMIN

SEKARANG JADI

JAHAT BALIK ??

APA HAL

AMIN

ADA APA APA

HAL BURUH

BANGLA KE ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

2 ulasan:

  1. Jahat atau baik adalah sifat subjektif bergantung pd keadaan dan masa. Jho Low pada suatu masa pentadbiran rosmah dan najib adalah makhluk yg sangat baik dan murah hati. Tp bila BN kalah Jho Low menjadi ikon penipuan terbesar dunia. Ada tp lagi, dibuatnya BN menang PRU ke15 nanti Jho Low akan jd mulia kembali. Sebab tu jahat ngan baik ni adalah adik beradik.

    BalasPadam
  2. Kes ketuk mujibur Rahman dulu. Parok betul la ore tuo bodo IT nim. Nok beritau sokmo buleh ingat.

    BalasPadam