Khamis, 17 Februari 2022

JANGAN EGO - KEMBALI BERSAMA

 



Bersatu kelam di Johor, kata bekas ahli parti

SELEPAS dua tahun yang lesu, rumah Azif Ishak di Kampung Dato Sulaiman Menteri di Johor Bahru sekali lagi jadi kerumunan orang.

Biarpun di tengah angka jangkitan Covid-19 yang meningkat di Johor dan di seluruh negara, lelaki dan wanita yang mengenakan baju parti berkumpul lagi di rumah bekas perunding keselamatan pelantar minyak untuk merancang dan menyusun langkah kempen pilihan raya.

Bezanya, mereka tidak lagi memakai baju merah bunga raya Bersatu. Mereka sekarang memakai baju putih Pejuang yang terpampang huruf “pa” di tengahnya.

“Kebanyakan kami, yang masuk Bersatu sebelum pilihan raya 2018, sudah keluar parti dan masuk Pejuang selepas parti keluar Pakatan Harapan (PH),” kata Azif, sambil melayan tetamunya.


Azif menyertai Bersatu pada 2016. Sebabnya, dia kecewa kerana parti yang mereka tolong pada pilihan raya umum lepas jadi antara punca tersingkirnya kerajaan PH di Johor dan di peringkat persekutuan.

“Alasan Muhyiddin Yassin tinggalkan PH tidak boleh diterima,” katanya.

Azif antara ahli Bersatu yang awal keluar parti selepas tindakan Muhyiddin menjatuhkan kerajaan PH.

Dia kemudian ikut Pejuang berkempen di pilihan raya kecil Slim pada hujung Ogos 2020 sebagai tanda sokongan kepada pengasas parti Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin korbankan Johor

Kawannya Ahmade, yang juga keluar dari Bersatu, berkata dia pun tidak boleh terus bersama parti yang meninggalkan PH untuk berpakat dengan Umno.

“Kami bukan sendiri,” katanya. “Daripada 14 cawangan Bersatu di Johor Bahru, hanya satu yang aktif sekarang.”

Bersatu tiada pemimpin di Johor selepas menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada Umno pada hujung Februari 2020, katanya, sama seperti yang disebut bekas wakil rakyat Larkin Izhar Ahmad.

“Sampai hari ini, pemimpin Bersatu tidak boleh jawab kenapa parti itu hilang Kedah, Perak dan Johor selepas Langkah Sheraton.

“Kami simpulkan Muhyiddin korbankan negeri-negeri ini untuk dia jadi perdana menteri selama 17 bulan,” kata Ahmade.

Sebelum Langkah Sheraton, Bersatu menerajui kerajaan negeri di Kedah, Perak dan Johor. Selepas episod itu, Kedah dipimpin oleh PAS sementara Johor diterajui Umno.

Tidak sampai 10 bulan selepas itu, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu kalah undi percaya di dewan undangan negeri, yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN dengan sokongan PH.

Ahmad Faizal kemudian dilantik Menteri Belia dan Sukan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang menggantikan Muhyiddin tahun lalu.

Azif Ishak (kiri) bersama rakannya Ahmade Mohd Din tidak lagi memakai baju merah bunga raya dan memilih untuk menyertai Pejuang.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli.  17 Februari, 2022.   
Azif Ishak (kiri) bersama rakannya Ahmade Mohd Din tidak lagi memakai baju merah bunga raya dan memilih untuk menyertai Pejuang.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli. 17 Februari, 2022.
Pada PRU14, Bersatu yang bertanding dengan logo PKR sebagai komponen Pakatan menang 8 kerusi daripada 17 yang ditandingi bagi Dewan Negeri Johor. DAP menang 14 kerusi sementara Amanah menang 9 dan PKR 5.

Seorang lagi bekas ahli Bersatu, Mohamad Riadz berkata dia juga keluar Bersatu selepas Langkah Sheraton.

“Semuanya bohong, untuk Muhyiddin jadi perdana menteri.

“Penyokong saya tidak boleh terima khianat kepada pengundi. Pada pilihan raya 2018, Bersatu dapat kerusi dan undi dari PH dan selepas itu khianat,” kata bekas ketua Bersatu Wilayah Persekutuan.

Ditanya kenapa masuk Pejuang, Riadz berkata masih ada ruang untuk sebuah parti Melayu di negara ini.

“Kami mungkin kecil tetapi kami parti yang lebih baik sekarang selepas keahlian ditapis dua kali. Mula-mula Umno, selepas itu Bersatu.

“Apa yang ada sekarang ialah penyokong sebenar. Bukan ahli atas kertas,” katanya, yang juga ahli perniagaan dalam industri penerbangan.

Tentang parti lamanya, Riadz percaya masa depan Bersatu di Johor malap biarpun Muhyiddin Ahli Parlimen Pagoh, Adun Gambir dan bekas menteri besar.

“Selepas bekerjasama dengan Umno di Johor, semua lantikan Bersatu dalam agensi dan kementerian diganti. Akar umbi hilang semuanya.

“Bersatu tiada masa depan di Johor,” kata Riadz.

Sekurang-kurangnya di Kampung Dato Sulaiman Menteri, tiada lagi nampaknya bendera bunga raya yang akan berkibar.

Johor akan mengundi pada 12 Mac selepas penamaan calon pada 26 Februari ini. – 17 Februari, 2022.

UNTUK JANGAN

DAPAT 

TELO PENYU

WAJIB KEMBALI

KE JALAN ASAL

AMIN

BERSAMA KEMBALI

DALAM KHEMAH

BESAR HALANG

PENCURI KEMBALI

BERKUASA

AMIN

JANGAN EGO

JANGAN ANGKUH

JANGAN BEBAL

JANGAN SEMBAB

AMIN

BERSATU WAJIB

BERSATU DENGAN

PARTI YANG LAIN

KHALAS

1 ulasan: