Khamis, 3 Februari 2022

KERJA SIAPA ?

 


SIAPA PUNYA KERJA?



Kuala Lumpur: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menyangkal mengeluarkan foto yang tular di media sosial menunjukkan seekor anjing diwarnakan dengan belang menyerupai seekor harimau.

Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan mendapati ia merupakan foto lama yang pernah tersebar pada 2020 dan dikitar semula.

"Bernama tidak pernah mengeluarkan foto berkenaan dan kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab memalsukan fakta kononnya foto itu dikeluarkan oleh Bernama," katanya.

Foto yang dimuat naik di Facebook itu turut disertakan kapsyen dalam Bahasa Inggeris iaitu "Polis di Bahau Negeri Sembilan sedang mengesan seorang pemuda tempatan yang mewarnakan anjingnya seperti seekor harimau belang dan membiarkannya berkeliaran sehingga menakutkan beberapa orang mabuk yang lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri - Bernama."

Setakat 7 malam ini, hantaran itu mendapat reaksi 40 individu dan dikongsi oleh enam pemilik akaun laman sosial berkenaan.

KESIAN DENGAN

ANJING INI ?

AMIN

NAPA BUAT

MACAM INI

AMIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan