Khamis, 17 Februari 2022

KESAH KELUARGA NAJIB BERULANG

 



Tiga beranak tergamak samun rakan lepas dibelanja makan

MELAKA – Seorang lelaki bersama isteri dan anaknya berusia 16 tahun tergamak menyamun rakannya sendiri di bilik solat selepas mereka menikmati nasi berlauk dihidangkan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi 18 Januari lalu di di pejabat sebuah persatuan di Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh di sini. 

Menurutnya ketika kejadian, mangsa seorang wanita berusia 52 tahun itu yang bekerja sebagai setiausaha persatuan berkenaan baharu tiba di pejabat terbabit.

“Semasa mangsa membuka kunci dan pintu shutter, datang seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bernama Haikal yang dikenalinya kerana merupakan anak rakannya.

“Mangsa kemudian mengajak Haikal masuk ke dalam pejabat diikuti ibu Haikal berusia 27 tahun bersama seorang lagi anaknya berusia setahun dan ayah Haikal memasuki pejabat selang beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian memberikan sejumlah wang kepada Haikal untuk membeli makanan tengah hari buat semua mereka sebelum mangsa meneruskan tugasnya seperti biasa.

Meng Seah berkata, selepas selesai makan sekitar jam 2.30 petang, pengadu kemudian menunaikan solat Zuhur di bilik solat bahagian belakang pejabat.

“Ketika inilah sebaik sahaja pengadu mahu keluar dari bilik solat, ayah Haikal berusia 35 tahun tiba-tiba datang dan menolak pengadu menyebabkannya terlentang.

“Suspek turut mengacukan sebilah pisau pemotong sayur yang dipercayai dibawanya sendiri ke arah muka pengadu sambil beberapa kali memintanya diam,” katanya.

Jelasnya lagi, suspek kemudian mengikat kaki dan tangan pengadu menggunakan tali rafia sebelum mengambil gelang tangan emas, dua bentuk cincin, seutas rantai leher dan satu subang di telinga kanan mangsa keseluruhannya dianggarkan bernilai RM3,000.

Tambah beliau, selepas keadaan reda dan senyap, mangsa bangun dan segera meminta pertolongan daripada pekerja di kedai bersebelahan.

“Selain barang kemas, mangsa turut kehilangan wang tunai di dalam laci berjumlah RM800, duit di dalam begnya RM1,000 selain sebuah kereta Proton Saga FLX warna putih milik mangsa,” katanya.

Meng Seah berkata, bertindak hasil maklumat risikan, tiga beranak itu berjaya ditahan dalam dua serbuan berasingan di Ampang, Selangor sekitar jam 3.30 petang Jumaat lalu.

“Isteri suspek berusia 27 tahun ditahan di sebuah rumah kedai di Pandan Cahaya, Ampang Selangor manakala suami dan anak lelakinya masing-masing berusia 35 dan 16 tahun ditahan di sebuah kedai cuci kereta kawasan sama.

“Semakan mendapati, suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau berkaitan dadah, curi, ugutan, pecah rumah, mencuri dalam bangunan manakala isteri dan anaknya tiada rekod lampau,” katanya.

Tambahnya, polis turut merampas tiga buah telefom bimbit milik suspek dan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX warna putih menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kesemua mereka direman selama tujuh hari sehingga 22 Februari ini dan kes disiasat Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkumpulan sehingga menyebabkan kecederaan,

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat,” katanya

INI KESAH 

ANAK BERANAK

 NAJIB ROSMAH

MENCURI

KAH KAH KAH

BEZANYA YANG NI

CURI 3000 RINGGIT

KELUARGA NAJIB

CURI BERBILON

DUIT 1MDB

KHALAS

HAIKAL NI

RIZA  AZIZ

 AYAH NI NAJIB

IBU NI ROSMAH 

SEMUA PENCURI

KAH KAH KAH

WATAK TAK ADA

HANYA 

CHINA TEMBAM

JO LOW KAH

KAH KAH KAH

 LIM MENG SEAH

ADALAH

HAMID BADOR

AMIN 

KHALAS


1 ulasan:

  1. persatuan menda ni ... bodo punya wartawan.. ceritalah persatuan mende..

    BalasPadam