Selasa, 15 Februari 2022

KITA SAMA-SAMA BERSEDIH



AL-FATIHAH

Unknown commented on 

"MENUJU KE ARAH

 NEGARA GAGAL"

Sedih juga dua beradik mati makan sampah. Migran atau tidak apa beza kita anak manusia. Tapi bila tahu saja bapak dua budak itu penagih dadah, lagi sakit dihati. Itu dua budak kebuluran sudah sangat lama.


2 beradik maut selepas

 makan sisa makanan

 dalam tong sampah

Langkawi: Dua beradik warga Myanmar maut dipercayai selepas makan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di sini, hari ini.

Mangsa, Nizambudin, 4, dan adiknya, Ngei Jamaludin, 2, dilaporkan meninggal dunia pada 5.40 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada 6.15 petang.

"Siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu melihat keduanya berada berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum membawa kedua-duanya ke rumah jiran berhampiran.

"Beberapa minit selepas itu, dua kanak-kanak itu dapati tidak bernafas sebelum penduduk kampung menghubungi pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shariman berkata, bapa kanak-kanak terbabit bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan kerja kampung, selain mereka tiada kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai makan sisa makanan diperoleh dalam tong sampah di kawasan mereka ditemui.

"Pengesahan kematian mereka dibuat oleh petugas perubatan dan kedua-duanya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk ujian saringan Covid-19 dan proses bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

MANA BERAT HATI

MEMBACA

BERAT LAGI

BAHU MEMIKUL

AMIN

2 ulasan:

  1. Prihal budak mati sebab makan sisa sampah ..kita tunggu pulak 2025 ..PM kata tahun tu tiap ..gwa ulang "tiap" isi rumah dalam Malaya ni akan bawak balik RM10 ribu sebulan (nilai duwit ari ni) ..yahooo ..

    BalasPadam
  2. semuanya umat manusia bertanggungjawab d atas kematian terutama budiman2 hartawan2 dermawan tun tan tin tua tansri tunsri ayahanda along kawasan termasuK kuti Langkawi

    BalasPadam