SPRM serbu pejabat Mara Corp
AGENSI antirasuah hari ini menyerbu pejabat Mara Corp ketika media sejak beberapa hari lalu melaporkan dakwaan salah laku melibatkan beberapa pegawai kanannya.
Sumber mengesahkan kepada The Malaysian Insight serbuan dibuat sebelum tengah hari tadi.
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita sejumlah dokumen serta mengambil keterangan daripada beberapa kakitangan.
Sementara itu, media melaporkan SPRM turut serentak menyerbu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pejabat setiausaha syarikat kepada Mara Corp.
Mara Corp ialah anak syarikat Mara yang mengendalikan pelaburan strategik, yang ditubuhkan pada 2016.
Kelmarin SPRM mengesahkan menerima laporan dakwaan salah laku beberapa pegawai kanan Mara Corp yang sedang disiasat secara dalaman oleh syarikat itu.
Agensi antirasuah itu juga memaklumkan akan memulakan siasatan mereka minggu ini dengan mengambil keterangan beberapa saksi di Mara Corp.
Pengerusi Mara Azizah Mohd Dun sebelum itu menafikan ada salah guna kuasa atau urus tadbir dalam Mara Corp atau Mara, seperti yang terdedah dalam satu dokumen yang tular di media sosial.
Mara bagaimanapun tidak melindungi mana-mana pihak yang terlibat salah guna kuasa atau tidak berintegriti, katanya.
Lima individu yang dinamakan dalam dokumen yang tular di media sosial juga sudah membuat laporan kepada pihak polis dan SPRM.
Mereka menuntut siasatan terhadap pengarah eksekutif Mara Corp Suhaili Abdul Rahman, yang sebelum itu mendakwa mereka terlibat dengan salah laku dan tidak berintegriti. – 7 Februari, 2022.
Majlis Amanah Rakyat singkatan Mara kah kah sebab ini lah Melayu susah maju sejak Merdeka, yang patut jaga Melayu pun rompak Melayu, jangan sap, bukan Yahudi bukan Komunis bukan DAP, Melayu rompak Melayu, hak Melayu dijual kepada Cina Merah, jual pasir jual segala harta balak cucu cicit pun kena jual kah kah kah lepas tu bising pasal Yahudi Cina Komunis DAP adoi sakit sakit keparat kah kah kah
BalasPadamCiss ..ngapa tak Toto, Kasino Genting, Sarikat Cina Hokian lahap rasuah ..ngapa MARA. Ciss ..gwa sebijik kelentit pon gwa tak caya MARA lahap rasuah, MARA ni pegawai nye semua Islam, kulop pipit dan bijik kelentit mereka dah di potong untuk kurangkan napsu melahap, hiburan mereka hanya minom teh sembang2 dari kul 11 hingga 3 ptg di persekitaran restoren Komplek Pertama ..malah kok nak jumpa pegawai MARA kul 2 jgn harap, sebab mereka ngabiskan masa zuhor hingga asar di surau???, lps tu kemas2 dan terus balik rumah tak de masa nak minom2 air anggur dan berhibur ..ciss kalau MARA lahap rasuah gwa mimang tak caya.
BalasPadam