Muda mohon maaf poster kait PKR, Pakatan dengan rasuah
PARTI Muda menggantung unit penerangannya di Kedah ekoran siaran poster yang mengaitkan parti rakannya, PKR dan Pakatan Harapan (PH) dengan rasuah, menurut ketua penerangannya.
Luqman Long berkata poster yang menunjukkan PKR terlibat dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan kegiatan itu dibuat dengan niat tidak baik dan tanpa kebenaran.
Poster yang tersebar di Twitter itu juga menimbulkan salah faham dan tidak mematuhi sebarang prinsip jelas dalam Muda, katanya yang turut memohon maaf dalam satu kenyataan.
“Maka saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini.
“Sebagai langkah ke hadapan, saya mengambil keputusan menggantung penerangan kedah dari sebarang aktiviti berkaitan Muda,” katanya.
Luqman juga menyatakan kesediaan untuk menerima apa-apa tindakan dari Muda atas “kekhilafan” tersebut.
Tambahnya, poster menunjukkan PKR terlibat dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan kegiatan itu dibuat dengan niat tidak baik dan tanpa kebenaran.
Poster tersebut juga menimbulkan salah faham dan tidak mematuhi sebarang prinsip jelas dalam Muda, katanya dalam satu kenyataan.
“Maka saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini.
“Sebagai langkah ke hadapan, saya mengambil keputusan menggantung penerangan kedah dari sebarang aktiviti berkaitan Muda,” katanya.
Luqman seterusnya memohon maaf dan menyatakan kesediaan untuk menerima apa-apa tindakan daripada Muda.
Poster tersebut menunjukkan lima individu, masing-masing ditanda sebagai BN, PH, PKR dan PN, yang menghulurkan wang dan juga objek lain kepada satu sama lain.
Poster sama, tanpa logo parti turut dimuatkan di akaun rasmi dikendali Muda semalam. Kedua-duanya kemudian didapati dipadam dari akaun Muda Kedah dan Muda nasional hari ini.
Serangan tersebut muncul sewaktu Muda bergelut mendapatkan kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya negeri Johor yang bakal berlangsung awal bulan depan.
Siaran poster tersebut menerima kecaman pemimpin dan penyokong PH, antaranya Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang yang menyifatkanya sebagai satu bentuk hipokrasi.
“Khemah besar! Pembangkang bersatu! Barisan bersatu! Ouch!” katanya di Twitter yang menyelitkan tanda ketawa dan juga topik #hipocrisy.
Seorang penyokong PH @bumilangit pula membangkitkan persoalan sekiranya gabungan tersebut dan juga PKR terus bekerjasama dengan Muda selepas “dihina sebegitu rupa”.
Aktivis DAP Marina Ibrahim pula dalam sindirannya menganggap Muda bersikap seperti PAS dalam membuat penjelasan seperti itu.
“Muda-muda lagi dah membuat percubaan menjadi PAS dalam memberikan alasan dan dalil,” katanya.– 10 Februari, 2022.
Ketua muda sendiri ade kes rembat duit parti masuk dalam peti besi dan akaun asb dia.
BalasPadam