Ahad, 6 Februari 2022

NAJIB ADA JO LO - ANWAR ADA VONOD

 




Pendedahan: Amaran

 pakar kesihatan 

berhubung ventilator

 dijual ahli 

perniagaan Malaysia

 kepada Hungary

Seorang ahli perniagaan Malaysia yang diberikan kontrak berbilion dollar untuk membekalkan peralatan perubatan kepada kerajaan Hungary pada 2020 menjual alat bantuan pernafasan atau ventilator yang disifatkan oleh doktor Britain boleh membahayakan nyawa pesakit, MalaysiaNow kini boleh dedahkan.

Model “Shangrila 510S” dan “SH300” yang merupakan ventilator buatan China adalah antara ribuan bekalan alatan itu yang dijual kepada Hungary oleh seorang ahli perniagaan Malaysia Vinod Sekhar, yang terkenal rapat dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau juga turut mempunyai rantaian syarikat dan organisasi yang beroperasi di bawah Petra Group.

Vinod adalah individu yang terlibat dalam siasatan pengubahan wang haram dilancarkan oleh beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana agensi itu menyerbu pejabat Petra Group di Bangsar pada November lalu.

Maklumat yang diberikan kepada MalaysiaNow oleh wartawan penyiasatan Hungary menunjukkan dua model tersebut adalah antara 6,258 unit ventilator yang dibeli Budapest dalam sebuah kontrak kontroversi diluluskan Menteri Luar dan Perdangangan negara Eropah itu pada 2020, ketika pandemik Covid-19 sedang memuncak.

Salinan dokumen perjanjian kontrak yang dilihat MalaysiaNow menunjukkan Budapest bersetuju untuk membayar GR Technologies Sdn Bhd milik Vinod sebanyak AS$559,600,000 bersamaan dengan RM2.4 bilion ketika kontrak itu ditandatangani pada Mei 2020.

Amaran doktor di United Kingdom

Bagaimanapun, sebulan sebelum perjanjian kontrak itu dimeterai, doktor-doktor kanan Britain memberi amaran bahawa ventilator jenis “Shangrila” yang dibeli oleh United Kingdom dari China tidak berfungsi, boleh membahayakan dan bahkan boleh menyebabkan kematian pesakit jika digunakan di hospital.

Mereka menyuarakan masalah-masalah penyelenggaraan dan bekalan oksigen selain manual penggunaan yang mengelirukan berhubung model tersebut selain turut berkata ventilator tersebut dihasilkan bagi kegunaan ambulans dan bukannya untuk hospital.

“Kami percaya jika digunakan, ia boleh membawa mudarat kepada pesakit, dan kemungkinan besar boleh menyebabkan kehilangan nyawa,” kata sekumpulan doktor kanan dalam sebuah surat pada 13 April 2020 seperti dilaporkan NBC News.

“Kami berharap ventilator ini ditarik semula dan digantikan dengan peralatan yang lebih mampu menyediakan penjagaan intensif bagi pernafasan pesakit-pesakit kami,” kata surat itu lagi.

Laporan audit UK (kiri) dan amaran kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Colombia (kanan), memberi amaran tentang bahaya model ventilator Shangrila 510S dan SH300, model buatan China yang dibekalkan oleh Vinod Sekhar ke Hungary.

Lebih kurang lima bulan kemudian, laporan setebal 60 muka surat dikeluarkan ketua audit UK mengenai pembelian ventilator bagi hospital kerajaan sebagai respons terhadap pandemik Covid-19 turut mengesahkan kebimbangan tersebut.

Laporan itu juga mendedahkan Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial UK menarik semula penggunaan 750 unit ventilator “Shangrila 510S” dan membatalkan pembelian lanjut sebanyak 1,250 unit ventilator jenis itu daripada pembuatnya di Beijing.

“Bagaimanapun, ia menarik semula penggunaan alatan itu, sebagai respons terhadap kebimbangan yang dibangkitkan pengamal perubatan yang menguji ventilator tersebut tetapi menyimpulkan ia tidak sesuai untuk kegunaan penjagaan kesihatan yang intensif,” kata laporan audit tersebut, sambil menambah dakwaan tersebut turut disahkan oleh pasukan klinikal.

Penarikan semula penggunaan 750 ventilator yang dibeli dengan harga £3,000 setiap satu itu menyebabkan kerajaan UK kerugian sebanyak £2.2 juta (RM12.4 juta).

Ventilator sebabkan kematian di Colombia

Sekitar waktu yang sama ketika laporan audit UK itu dikeluarkan, pihak berkuasa kesihatan Colombia turut mengeluarkan amaran sebuah model lagi iaitu SH300 boleh menyebabkan kematian selepas enam pesakit meninggal dunia adalah berkait dengan penggunaan alat bantuan pernafasan tersebut.

National Institute for Food and Drug Surveillance di Colombia turut mengarahkan supaya SH300 tidak digunakan di kemudahan hospital selepas ia mendapati ventilator itu boleh berhenti berfungsi atau terpadam secara tidak dijangka, selain turut mengeluarkan data yang salah dan beberapa isu ketidaksesuaian lain.

Institut itu berkata ia menerima 34 laporan insiden serius disebabkan ventilator tersebut melibatkan 12 hospital yang merawat pesakit Covid-19 sejak Julai 2020.

Amaran berhubung ‘ventilator bawa maut’

Sementara itu, di Hungary, ketika pembelian ventilator tersebut dari GR Technologies, Dewan Perubatan Hungary memberikan amaran bahawa “kematian dalam kalangan mereka yang memerlukan rawatan ventilator dan intubasi adalah sangat tinggi”.

Ia turut menggesa kerajaan Hungary untuk menyiasat sama ada ventilator itu berfungsi secara baik atau ia mempunyai masalah kualiti.

Pembelian peralatan perubatan oleh Hungary pada 2020 itu disifatkan sebagai pembelian tunggal terbesar oleh negara yang merupakan anggota Kesatuan Eropah, di mana ia menimbulkan kemarahan ahli politik blok pembangkang negara itu yang menyifatkan kontrak tersebut sebagai tidak telus, terlalu mahal dan menyebabkan mereka berdepan lebihan bekalan.

Pendedahan berhubung ventilator yang mendatangkan mudarat kesihatan dibekalkan ke negara itu menyebabkan bantahan terhadap kerajaan Perdana Menteri Viktor Orban menjelang pilihan raya Parlimen pada April depan.

“Kos purata bagi satu ventilator dengan harga AS$89,500 itu sendiri adalah satu perkara yang melampau, namun jika kita tambah dengan maklumat dari UK dan Colombia – bahawa dua jenis ventilator tersebut berbahaya dan penggunaannya boleh menyebabkan kematian pesakit – isu ini kini menjadi isu risiko kesihatan dan keselamatan negara kami,” kata Márton Tompos yang mengetuai jawatankuasa antirasuah parti pembangkang Momentum kepada MalaysiaNow.

“Selepas kami kalahkan kerajaan Orban yang amalkan rasuah ini, kami akan lancarkan siasatan besar-besaran terhadap pembelian dan peranan mereka yang terlibat dalam transaksi yang memalukan ini,” tambahnya.

Pandangan ini juga turut disuarakan badan pemantau anti rasuah Transparency International-Hungary (TI-Hungary) yang menggesa Budapest untuk mendedahkan butiran pembeian peralatan perubatan dari Vinod.

TI-Hungary berkata ada beberapa persoalan mengenai apakah kontrak yang diberikan kepada GR Technologies memenuhi undang-undang ketelusan di Hungary.

“Dalam kes ini, tidak jelas bagaimana kerajaan Hungary boleh memilih atau merekrut GR Technologies bagi membekalkan alat bantuan pernafasan dan alatan lain yang berkaitan,” kata ketua hal ehwal undang-undangnya, Miklos Legati kepada MalaysiaNow pada Ogos tahun lalu.

NAJIB ADA

JO LO

AMIN

ANWAR ADA

VINOD

AMIN

DUA DUA AJEN

CHINA MERAH

AMIN

BAGAIMANA

VINOD DAPAT

KONTREK INI ?

AMIN

KENAPA 

PENGEKSPOT 

CHINA TAK JUAL

DIREK PADA

 HUNGARY

AMIN

NAPA CHINA MERAH

BERI VINOD

KONTREK  BERNILAI

2.5 BILION RM?

AMIN

JAWABNYA

CHINA MERAH

JUGA SEDANG

PASANG PANCING

UNTUK IKAT

ANWAR IBRAHIM

AMIN

CHINA MERAH

MAIN DUA LUBANG

KHALAS

JO LO PEGANG

NAJIB

VINOD PEGANG

ANWAR IBRAHAIM

KHALAS

AMIN

2 ulasan:

  1. TT, apa khabar orang dapur jalanan? kita asyik menghentam politikus tapi adakah kita prihatin dengan yang memerlukan ? Siarkan khabar orang dapur jalanan TT.

    Sekian.

    BalasPadam
  2. Dasai nak main depan belakang. Red panda boleh main atas bawah Kiri kanan. Kamu jangan cari pasal dasai. Red panda ni bukan sejujur tsun yat sen dulu. Semua Yankee US yang tak sebulu dgn pentagon, wall street semua berkubu di red panda. Makan ada,amoi ada,yam seng ada. Hanya red panda mau adalah teknik Dan teknologi.

    BalasPadam