Ahad, 27 Februari 2022

PENG ANAL SILAP LAGI

 




Muhyiddin gaduh dengan Zahid, parti mana untung?

PERGADUHAN terbuka antara Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hanya memberi kesan kepada sokongan pengundi atas pagar, kata penganalisis.

Mereka menjangka Pakatan Harapan (PH) tidak akan menerima peralihan sokongan pengundi akibat daripada pergaduhan itu memandangkan ia hanya berlingkar di antara pengundi Melayu.

Penganalisis politik Mazlan Ali menjelaskan, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin tokoh berkenaan menguasai sebahagian besar segmen pengundi Melayu di Johor.

“Mereka kuasai pengundi Melayu, segmen pengundi Melayu memang besar. Dua parti ini akan jadi penentu dari sudut sokongan Melayu, manakala bagi PH di kalangan orang Melayu sokongan mereka agak kurang.

“Pergaduhan meleret antara Zahid dengan Muhyiddin tak beri kelebihan besar kepada PH tapi beri kesan kepada Bersatu dan Umno,” kata Mazlan kepada The Malaysian Insight.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia ini berpandangan, komuniti pengundi Melayu yang majoritinya berpegang kepada isu kaum dan agama sukar untuk memilih PH.

Begitu juga bagi parti lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan (Warisan), katanya.

“Bila rakyat berpegang kepada kaum dan agama susah nak tukar. Isu macam itu susah mereka nak berkalih.

“Adakah PH akan dapat banyak manfaat daripada pergaduhan Zahid dan Muhyiddin)? Tak banyak tapi adalah sikit pengundi atas pagar yang muak dengan cara pemimpin seperti itu mungkin mereka cari alternatif lain.

“Orang Melayu di Johor, fokus kepada Muhyiddin dan Umno, yang menyokong PH tak ramai jadi orang Melayu nak Umno dengan Muhyiddin. Pengaruh Muhyiddin agak besar juga,” katanya.

Pertelagahan itu timbul ekoran tindakan Muhyiddin menggiatkan serangan ke atas kluster mahkamah Umno di ambang kempen PRN Johor.

Muhyiddin yang juga perdana menteri kelapan antara lain mensasarkan Zahid yang berdepan 42 tuduhan salah laku, rasuah dan pengubahan wang haram.

Dakwanya, Ahmad Zahid pernah bertemunya sewaktu beliau menjadi perdana menteri untuk menyelesaikan pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Dakwaan itu dinafikan Ahmad Zahid namun serangan Muhyiddin dijangka akan diperhebat dalam kempen PRN Johor yang bermula secara rasmi semalam.

Mazlan sewaktu mengulas sikap pengundi ke atas perkembangan itu berkata, sekiranya berlaku peralihan sokongan, ia hanya berlaku sekitar PN dan BN.

“Melayu yang sokong PH kebanyakannya pengundi luar. Sokongan orang tempatan tak kuat, cuma ada peralihan antara PN dan BN. Orang Melayu berpusing-pusing sekitar situ sahaja.

“Jadi tidak nampak sangat akan beri kelebihan kepada PH,” katanya.

“Apabila bergaduh dua (Zahid dan Muhyiddin) ini maka PH akan menang, tak begitu. Sentimen Melayu kepada DAP terutama Melayu luar bandar, Felda, naratif kuat (anti-DAP),” tambahnya.

Pengundi Melayu juga terdiri daripada kelompok yang memilih hak Melayu, menolak rasuah, dan perpaduan ummah, katanya.

“Pengundi Melayu ada antara yang nak pertahankan kerajaan yang mereka rasa boleh jaga hak Melayu, mereka kata Umno.

“Ada Melayu yang tak mahu isu kaum, mereka akan sokong PH, dan kalau pengundi kata benci rasuah mereka tolak Umno, dan memilih perpaduan ummah, mereka akan sokong PN.

“Pejuang dan Warisan, untuk apa mereka bertanding kita tak tahu. Orang tak nampak fungsi itu. Realitinya sebegitu,” kata Mazlan.

Penganalisis Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi pula berkata, pengundi atas pagar akan tertarik kepada pihak yang berjaya menjelaskan dakwaan dihadapi kluster mahkamah Umno.

Namun begitu, Awang Azman berpandangan penyokong tegar Bersatu atau Umno tidak akan berganjak pendirian hanya disebabkan pertikaian antara Muhyiddin dan Ahmad Zahid.

“Kalau penyokong (atas pagar) Bersatu dan Umno muak dengan itu mungkin mereka berpindah, tetapi penyokong tegar tak mungkin pindah.

“Kontroversi atau kenyataan kontroversi adalah untuk kesinambungan politik. Kalau Muhyiddin tak timbulkan isu bagaimana dia nak tunjukkan pencapaian dia.

“Orang politik sengaja cipta krisis, pandangan mereka akan dapat perhatian media dan akan sampai kepada audien,” katanya.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia Azizuddin Sani pula melihat pergaduhan seperti itu lumrah dalam kalangan orang politik kerana mereka menumpukan usaha meraih undi.

Namun katanya, akhirnya pengundi akan menentukan pihak yang memenuhi selera mereka untuk dipilih.

“Biasalah semua kena berperang kalau nak menang undi. Mereka main sentimen dan isu, ada kesan atau tidak terpulang kepada pengundi.

“Sebab memang PN nak cari undi dan BN serang Bersatu itu untuk tarik undi dan itu musuh dia,” katanya.

Azizuddin juga berpandangan pergaduhan itu tidak akan memberikan kelebihan kepada parti lawan mereka.

“Tak tentu lagi (beri kelebihan kepada lawan), kerana mereka nak cari kelebihan untuk diri mereka, nak lemahkan lawan satu lagi.

“Pengundi nak lari ke parti lawan tak juga, kecuali musuh ambil kesempatan, itu lain cerita.

“(Warisan dan Pejuang) juga tiada kaitan. Nak kata ada kesan, kalau parti lain main peranan juga untuk menarik sokongan. Namun itu juga terpulang kepada pengundi,” kata Azizuddin. – 27 Februari, 2022.


PENG ANAL

TAK FAHAM

AMIN

YANG UNTUNG

ORANG RAMAI

AMIN

ZAHID BOCOR

KESAH MUHYIDIN

DG PROJEK PAGUH

AMIN

MUHYIDIN BUKA

KESAH ZAHID

MERAYU NAK

LEPAS JIL

AMIN

DUA DUA 

TIBAI MENIBAI

INI BAIK UNTUK

ORANG RAMAI

AMIN

RAKYAT SENANG

DIHASUT UNTUK

BENCI PADA

POLITIKUS

AMIN

AGENDA UTAMA

IALAH MUSNAHKAN

GEROMBOLAN

AMIN

AWALNYA TIBAI

TIM MAHKAMAH

 PILIH SATU SATU

AMIN

APA YG BERLAKU

AMAT BAIK

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan