Air empangan Tasik Kenyir tidak dilepaskan, kata TNB
AIR di empangan hidro Tasik Kenyir tidak akan dilepaskan dalam masa terdekat, kata Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Syarikat tenaga itu menafikan dakwaan yang tersebar melalui media sosial kononnya paras air di empangan itu semakin tinggi dan air akan dilepaskan.
“Untuk makluman, paras air di Empangan Hidro di Stesen-stesen Janakuasa Kenyir TNB berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah pada (hari ini) 27 Februari 2022.
“Pemantauan secara berterusan sedang dijalankan dan maklumat yang berkaitan disalurkan kepada pihak berkuasa secara berkala,” kata TNB melalui hebahan di media sosial.
TNB juga menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang sahih daripada saluran rasminya di Facebook dan Twitter.
Hebahan TNB itu susulan tularnya satu rakaman video yang menunjukkan air deras serta bunyi siren dan meminta penduduk terutama di daerah Hulu Terengganu berhati-hati dengan kemungkinan banjir lebih besar kerana kononnya air dari empangan akan dilepaskan.
Sementara itu, bekas pengerusi persatuan pelancongan Tasik Kenyir Zalani Endut berkata keadaan di tasik itu masih terkawal.
Katanya, arus deras melalui empangan di Tasik Kenyir merupakan perkara biasa.
“Kami yang ada di sini tak dengar pun bunyi siren dan laluan arus air itu sebenarnya biasa kalau musim banjir.
“Yang tak biasanya bila banjir itu pada bulan yang dah penghujung Februari, biasanya masa ini musim tengkujuh sudah habis,” katanya, yang juga pengusaha rumah bot.
Dalam pada itu, seorang lagi pengusaha rumah bot Sulong Mustafa berkata paras air Tasik Kenyir rendah berbanding tahun lepas dan belum melimpah seperti pernah berlaku sebelum ini.
“Jangan sebar perkara yang belum tentu kesahihannya kerana hanya menimbulkan panik di kalangan orang ramai, saya sendiri dihujani pelbagai pertanyaan mengenai perkara itu sejak pagi tadi. Apa yang boleh saya katakan keadaan di sini masih terkawal dan tidak seperti yang digembar-gemburkan,” katanya, seperti dipetik Bernama. – 27 Februari, 2022.
Kah kah betul lu cakap TT, mana ada makluk kat negara ini cakap betul, semua belit putar melarut bohong, sebab apa mereka suka bohong? Sebab boleh cuci dosa, boleh mintak ampun, boleh cuci hantuk kepala kah kah sebab ITU lah mereka berani bohong, sumpah laknat, semua Boleh kah kah kah yang bonsai pun ikut lah cakap mereka kah kah
BalasPadamSamalah Tun kata itu bukan rasuah yang tu dia panggil offset..
BalasPadamMme kepala butoh dia la kan
Jgn dengar kabar angin dengarlah kabar yg tak berangin
BalasPadampengusaha boat...? pengusaha ni apa makna.? dia bisnis ke..? dia unit amaL beramaL atau keseLamatan penhunjung mengatasi bisnis atau sebaLiknya...? dia pakar banjir ke..? banyaK soaLan rakyat boLeh tanya
BalasPadam