Rabu, 23 Mac 2022

AKTA IBRAHIM ALI BULAN PUASA

 



RUU anti lompat parti dibentang bulan depan, kata Anthony Loke

RANG Undang-undang (RUU) anti lompat parti yang dinanti-nantikan akan dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada Ramadan, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Loke menulis di Facebook yang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan mengenai perkara itu kepadanya dalam satu mesyuarat hari ini.

Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Memorandum persefahaman (MoU) bipartisan yang dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Putrajaya menjadikan ia sebagai satu daripada perkara penting dengan pembentangan RUU anti lompat parti semasa sesi Dewan Rakyat pertama tahun ini, yang berakhir minggu ini.

Bekas setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini memberi amaran kepada kerajaan yang perjanjian semasa akan “selesai dan tamat” jika RUU anti lompat parti tidak dibentangkan seperti dijanjikan.

Loke berkata perdana menteri memberi komitmen yang RUU itu akan dibentangkan dalam sidang khas bulan depan, yang difahamkan sebagai satu daripada syarat utama MoU itu. 

RUU itu akan memerlukan pindaan Perlembagaan untuk berkuat kuasa.

“Setiap isu teknikal perlu diselesaikan oleh jawatankuasa teknikal dua parti tidak lama lagi. Kita beri komitmen penuh yang PH akan bekerjasama bagi memastikan pindaan Perlembagaan dapat diluluskan,” katanya.

Walaupun RUU itu sepatutnya dibentangkan dalam persidangan semasa, Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata “perbincangan lanjut” dengan pihak berkepentingan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional adalah perlu untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi daripada ahli Parlimen.

Mohamad semalam mendesak kerajaan supaya membentangkan RUU anti lompat parti minggu ini. Beliau memberi amaran ahli Parlimen pembangkang akan mengadakan protes jalanan jika perdana menteri mungkir janjinya.

“Bentangkan RUU antilompat parti dengan segera. Ini amaran terakhir daripada kami,” katanya di Dewan Rakyat.

Selain pembangkang, Naib Presiden Umno Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz juga menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan pembentangan rang undang-undang anti-lompat. – 23 Mac, 2022.

AKTA IBRAHIM ALI

WAJIB DI LULUS

AMIN

TELOR JANGAN

JADI BERUDU

AMIN

SELAMAT 

SABRI 114

KALAU TAK..

KAH KAH KAH

KALAU TAK 

APA JADI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan