Selasa, 15 Mac 2022

ANWAR IBRAHIM MASIH CALON TETAP PM MALAYSIA

 



Kekalahan PRN Johor petanda Anwar makin pudar, kata penganalisis

KEDUDUKAN Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang semakin tercabar dan sudah tiba masanya gabungan itu memupuk pemimpin baharu untuk mengambil alih, kata penganalisis.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight selepas mengetuai pembangkang dalam tiga kekalahan berturut-turut pada Pilihan Raya Negeri (PRN), ia jelas membuktikan pengundi tidak lagi memahami isu yang diketengahkan Pakatan Harapan.

Perpecahan dalam parti pembangkang juga menyaksikan Anwar seolah-olah tidak mampu menyatukan mereka semua di bawah pendekatan “khemah besar” beliau.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, pemimpin dibenarkan melakukan kesilapan, tetapi Anwar menyebabkan keadaan menjadi kucar-kacir.

“Beliau (Anwar) mengetuai pembangkang di tiga negeri dan beliau kalah teruk,” kata Chin kepada The Malaysian Insight.

“PKR perlu melalui tempoh muhasabah diri dan mereka mesti berfikir dengan teliti sama ada mereka mahu Anwar memimpin mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Jika Pakatan Harapan memilih Anwar sebagai pemimpin dan calon perdana menteri bagi PRU akan datang, PH pasti akan kalah.”

Pada PRN Melaka November lalu, selepas banyak perdebatan mengenai bendera mana yang hendak digunakan, PH akhirnya bersetuju dengan logo gabungan itu.

Namun ia hanya memenangi 5 daripada keseluruhan 21 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) menang 21 dan Perikatan Nasional 2.

Pada PRU14, PH memenangi 15 kerusi di Melaka manakala BN 13.

Sebulan kemudian di Sarawak, presiden PKR itu memimpin partinya mengalami kekalahan besar, kalah semua 28 kerusi yang ditandinginya.

DAP yang bertanding di 24 kerusi hanya menang 2, manakala Amanah seperti PKR bertanding di 28 kerusi tetapi kalah semuanya.

Ia berbeza dengan prestasinya pada PRU 2018 yang mana PH memenangi 10 kerusi parlimen, DAP (7) dan PKR (3).

Akhirnya di Johor, PKR memutuskan untuk menggunakan logonya berikutan kekalahan di Melaka. DAP dan Amanah bagaimanapun menggunakan logo gabungan itu.

Ia satu percaturan apabila PKR kalah sekali lagi kerana hanya memenangi 1 daripada 20 kerusi yang ditandinginya. DAP menang 10, Amanah juga hanya memenangi 1 kerusi.

Chin berkata, keputusan Anwar menggunakan logo PKR membuktikan pembangkang tidak bersatu.

“Apabila beliau memutuskan PKR perlu menggunakan logo mereka sendiri di Johor itu satu kesilapan besar kerana anda menghantar isyarat PH tidak bersatu, ia hanya pada nama sahaja.

“Adalah wajar pengundi tidak suka pembangkang yang tidak bersatu. Anda tidak boleh mengaku sebagai ketua pakatan pembangkang dan tidak mahu menggunakan logo pakatan itu,” katanya.

Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga menegaskan PKR nampaknya mengadakan kempen yang sama sekali berbeza berbanding parti pembangkang lain.

“Beliau nampaknya hilang rasa hormat dalam gabungan itu. Secara khususnya, keputusan beliau untuk mengambil bekas pemimpin Umno sebagai calon PH di Melaka dan menggunakan logo PKR di Johor tidak sesuai dengan ahli gabungan lain.

“Nampaknya PKR menjalankan kempen yang berbeza daripada DAP dan Amanah.”

Reformasi tidak lagi bergema dengan rakyat

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisommudin Bakar berkata Anwar dan PH perlu menjauhi agenda “reformasi” yang lapuk.

“Reformasi sudah basi. Ia perlu dirombak mengikut konteks hari ini,” katanya.

“Generasi muda bukanlah mereka yang memahami era ‘reformasi’. Mereka bukan orang yang berdemonstrasi apabila Anwar dipecat daripada kerajaan pada 1998.

“Penting untuk memahami perkara ini, supaya Anwar boleh menarik minat mereka dan mengundi PH.”

Tunku Mohar menambah bahawa isu sara hidup adalah perkara yang paling penting kepada pengundi sekarang, bukan “reformasi”

“Naratif ‘reformasi’ beliau seolah-olah seperti masa lalu, dan tidak mempunyai kaitan pada masa yang mana isu kos sara hidup menjadi keutamaan.”

Hisommudin turut membuat persamaan antara bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan dan Anwar, khususnya dalam cara mereka berkomunikasi kepada pengundi.

Anwar, katanya, suka menggunakan jargon lapuk, manakala Najib telah memanfaatkan kuasa media sosial yang mendorongnya daripada “sifar kepada wira”.

“Untuk kekal relevan, komunikasinya mestilah sama dengan bahasa yang digunakan oleh orang ramai.

“Lihat Najib, beliau menggunakan bahasa mudah dan mengetengahkan isu yang membelenggu rakyat. Sehinggakan beliau membina naratif baru untuk dirinya sendiri, jauh dari segala negatif.

“Sebaliknya Anwar terhad dalam kemahiran berkomunikasi. Beliau menggunakan jargon yang ramai tidak gunakan,” katanya.

Masa untuk bersara

Walaupun ketiga-tiga penganalisis bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk pemimpin lama seperti Anwar bersara, mereka bagaimanapun mengakui godaan kuasa sukar ditangani.

“Sudah tiba masanya untuk para pemimpin bersara. Tetapi masalahnya ialah pemimpin politik Malaysia, kerana bagaimana parti itu disusun, boleh kekal selama bertahun-tahun,” kata Chin.

“Walaupun mereka bersara, mereka mahu mempengaruhi parti. Ini budaya politik yang tidak baik, sebaik sahaja anda berkuasa, anda tidak mahu berundur dengan rela. Ini bukan sahaja pembangkang, tetapi juga pemimpin kerajaan.”

Tunku Mohar juga bersetuju, tetapi kekurangan rancangan penggantian dalam PKR akan menjadikannya sukar.

“Masalah PKR ialah tiada rancangan penggantian yang jelas.

“Belum ada pemimpin yang mungkin boleh mengambil alih kepimpinan PKR. Bagi DAP, mungkin Anthony Loke kelihatan menonjol.”

Bagaimanapun, adalah tidak praktikal untuk semua pemimpin veteran berundur pada masa yang sama, kata Hisommudin.

“Kepimpinan mereka masih diperlukan. Pimpinan lama perlu menempa laluan baharu agar mereka kekal relevan dan memimpin parti masing-masing.”

Maalah masih belum ada pemimpin baharu yang bakal meneraju, bukan semasa mereka berada dalam bayang-bayang pemimpin lama, tambahnya.– 15 Mac, 2022.



PENG ANAL 

BUAT SILAP BESAR

KHALAS

ANWAR IBRAHIM

MASIH LAGI

CALON TETAP

PM MALAYSIA

AMIN

TAK PERCAYA

SILA TANYA

YB NIK NAZMI

 YB WONG CHEN

 YB MUJAHID

YB CHAN LI KANG

AMIN

KALAU TAK PASTI

TANYA JO ABDUL

SAIFUDIN NASUTION

KHALAS

TAK YAKIN LAGI

SILA  TANYA 

HUSAM MUSA

KAH KAH KAH

ANWAR ADALAH

CALON TETAP

PM MALAYSIA

AMIN

ANWAR IBRAHIM

AMBIL ALIH

JAWATAN INI

DARI YANG AMAT

MULIA 

TENGKU RAZALI

AMIN

KHALAS 

1 ulasan:

  1. GOTU????? nko jangan maciam-maciam Sham Rais ooooiiiii!!!!!!!!! Cepatlah GOTU tu gapo?

    BalasPadam