115 kes kematian Covid-19, 27,500 kes jangkitan baharu
JUMLAH kes kematian harian Covid-19 terus meningkat dengan 115 kematian direkodkan semalam, tertinggi dalam lima bulan, lapor Kementerian Kesihatan.
Kali terakhir Malaysia mencatatkan lonjakan kes kematian adalah pada 7 Oktober 2021, iaitu 132 kes direkodkan.
Jumlah kematian tertinggi sebelum ini dalam sehari ialah 78, iaitu pada Selasa lalu.
Daripada 115 kes kematian baharu, 36 diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital. Jumlah kematian yang dilaporkan akibat koronavirus kini berjumlah 32,942
Tiada ulasan:
Catat Ulasan