Isnin, 7 Mac 2022

BANJIR DI KUALA LUMPUR

 



Banjir kilat landa KL selepas hujan lebat

HUJAN lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, kata pihak berkuasa.

Mereka berkata, mereka masih menunggu laporan mengenai kawasan yang terjejas tetapi di media sosial, gambar dan video banjir menjadi tular.

Laporan awal menunjukkan Jalan Kuchai Lama terjejas teruk dengan beberapa jalan terputus susulan kenaikan air.

Antara kawasan terjejas adalah terowong Tabung Haji, terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Difahamkan, beberapa kawasan lain turut dilanda banjir kilat.

Sehingga jam 4.45 petang, paras air di Kuala Lumpur dikategorikan sebagai berbahaya.

Sementara itu dua stesen air di Gombak, Country Homes dan Kampung Melayu Seri Kundang, turut berada dalam tahap bahaya.

Hujan lebat tahun lalu sebelum dan pada hujung minggu 17-18 Disember menyebabkan banjir besar di beberapa negeri termasuk bahagian tengah Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Ia luar biasa memandangkan banjir sekitar waktu itu lazimnya melanda negeri pantai timur.

Banjir itu menyebabkan lebih 70,000 orang kehilangan tempat tinggal dan 55 orang terkorban.

Selangor antara negeri paling teruk dilanda bencana yang mana beribu-ribu orang terpaksa dipindahkan. – 7 Mac, 2022.

 AWAS

CUACA MAKIN

TIDAK MENENTU

AMIN

INI TANDA JELAS

DARURAT CUACA

SEDANG BERLAKU

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan