Rabu, 9 Mac 2022

BEREBUT NAK JADI MB

 



Hanya Hasni jadi MB jika BN diberi mandat – Zahid

ISKANDAR PUTERI – Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hanya Hasni Mohammad dilantik sebagai menteri besar sekiranya mereka diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Penegasan itu sekali gus menafikan dakwaan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), k Wan Saiful Wan Jan bahawa BN akan melantik calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Mohd. Puad Zarkashi sebagai calon menteri besar.

Presiden UMNO menyifatkan kenyataan dibuat Ketua Penerangan Bersatu itu adalah untuk melaga-lagakan beliau dengan pemimpin UMNO di negeri ini.

“Kononnya ada seorang ketua penerangan sebuah parti yang tiada ada masa depan mengatakan saya memberi dokongan kepada calon DUN Rengit untuk jadi Menteri Besar (MB), orang itu mimpi ke apa ni?

“Saya umum bahawa poster boy kita, calon MB kita atas perkenan tuanku (Sultan Ibrahim Sultan Ismail) adalah  Hasni Mohammad. Tidak ada lain, apa yang kita cakap itulah yang kita akan buat.

“Kita tahu bahawa kuasa melantik MB itu di bawah kuasa Tuanku tetapi jangan lagakan saya kononnya saya mahukan Mohd. Puad, lagakan saya kononnya saya nak orang itu nak orang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ramah mesra bersama pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di bilik gerakan Parlimen Iskandar Puteri, Gelang Patah,
hari ini.

Terdahulu, Wan Saiful dalam Facebook miliknya mendakwa, Ahmad Zahid mahu meletakkan calonnya sendiri iaitu Mohd. Puad sebagai Menteri Besar Johor jika BN menang PRN dan berjaya membentuk kerajaan negeri.

“Khabarnya, antara hujah yang digunakan adalah sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik sendiri oleh Zahid, dia boleh membawa UMNO Johor lebih rapat dengan agenda Presiden UMNO berbanding Hasni.

“Puad dikatakan telah menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Zahid dan Najib, maka sekarang adalah masa untuk menerima ganjaran,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, BN tetap dengan pendirian untuk memilih Hasni seperti yang dipersetujui kerana prestasi yang ditunjukkan beliau sebelum ini semasa Menteri Besar Johor.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, dalam tempoh yang singkat, Hasni berjaya melakukan pelbagai transformasi penting kepada bangsa Johor secara keseluruhan di negeri ini.

Jelasnya, persetujuan untuk melantik Hasni bukan keputusan beliau seorang tetapi sudah dibawa dalam mesyuarat MT dan biro politik UMNO negeri sebelum dipersetujui secara sebulat suara.

Tambahnya, keyakinan yang ditunjukkan BN  tidak ada pada gabungan parti pembangkang yang tidak berani menamakan calon Menteri Besar Johor mereka.-

APA BERLAKU

KAH KAH KAH

APA CERITA

DI BELAKANG

BERITA

KAH KAH KAH

ADA APA APA

YANG KITA

TAK TAHU

KAH KAH KAH

MULA GADUH

REBUT

JAWATAN

AMIN

PEREBUTAN

INI AMAT BAIK

BIAR BERBUNUH

SESAMA

SENDIRI

KAH KAH KAH

KALAU PARANG

KURANG TAJAM

KITA BOLEH

BANTU ASAH

KAH KAH KAH

KHALAS 


1 ulasan:

  1. wooitt tt!
    hang kalau bab mengapi-apikan orang bagi depa gaduh memang hang terer kan.
    tapi bagus juga bila 2ekor malaon penyamun perompak bergaduh maka kerja yang paling mulia kerja yang lebih afdhal syafie afdhal ialah kita curahkan minyak bagi api lebih marak.

    mgg pillai lepasan havard pernah berkata: what is added fuel to fire!.
    apa yang lebih menghangatkan memberahikan ialah bila isham rais seksi jadi penghasut.

    kahkahkah

    BalasPadam