Selasa, 29 Mac 2022

BERITA GEMBIRA UNTUK KITA SEMUA

 


Jumlah kemasukan hospital Covid-19 turun 6 hari berturut-turut

JUMLAH kemasukan hospital harian Covid-19 terus menurun untuk hari keenam berturut-turut dengan seramai 847 pesakit dimasukkan ke wad untuk penyakit itu semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada 847 pesakit yang dimasukkan semalam, 375 atau 44.3% daripada mereka berada dalam kategori yang lebih serius iaitu 3, 4 dan 5, manakala 472 (55.7%) berada dalam kategori bergejala ringan iaitu 1 dan 2.

Pecahan mengikut kategori menunjukkan pesakit yang dimasukkan ke hospital dalam Kategori 2 adalah yang tertinggi dengan 386 kemasukan, diikuti oleh Kategori 4 (228), Kategori 3 (125), Kategori 1 (86) dan Kategori 5 (22).

Kemasukan hospital untuk Covid-19 menunjukkan penurunan secara beransur-ansur sejak 24 Mac, apabila 1,264 pesakit dimasukkan ke wad.

Angka itu turun kepada 1,092 (25 Mac), 979 (26 Mac), 914 (27 Mac), 850 (28 Mac) dan 847 semalam.

Selangor, negeri paling ramai penduduk,yang melaporkan sebahagian besar jangkitan baharu semalam, juga melaporkan jumlah kemasukan paling ramai iaitu 160.

Ia adalah satu-satunya negeri yang mempunyai kemasukan dalam tiga digit diuikuti oleh Johor dengan 99 kemasukan.

Negeri dan wilayah lain untuk melaporkan kemasukan baharu ialah Kedah (80), Perak (84), Kuala Lumpur (80), Pulau Pinang (66), Kelantan (56), Sarawak (47), Terengganu (34), Pahang (33), Sabah (32), Negeri Sembilan (29), Melaka (21), Putrajaya (16), Perlis (7) dan Labuan (3).

Dr Noor Hisham berkata selain kemasukan baharu, seramai 818 orang telah didiscaj semalam.

Mengenai penggunaan unit rawatan rapi (ICU) berkaitan Covid-19, Noor Hisham berkata dua negeri atau wilayah telah melepasi paras 50 peratus.

Selangor mendahului senarai dengan 55%, manakala Johor di tempat kedua dengan 52%.

Mengenai kadar penggunaan katil bagi kes Covid-19, Noor Hisham berkata daripada 12,242 katil yang tersedia untuk kes tidak kritikal, 4,987, atau 41% telah diduduki.

Daripada 882 katil di ICU, 288 (33%) telah digunakan manakala 874 (8%) daripada 10,402 katil di pusat kuarantin berisiko rendah sedang digunakan. – 29 Mac, 2022.

BERITA GEMBIRA

DIHARAP

AKAN BERTERUSAN

HINGGA KITA 

BERHARI RAYA

AMIN

NAK RAYO 

TAAAUN NI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan