Sabtu, 12 Mac 2022

BERKHALWAT HARI KE 721

 





KHALWAT KE 721

SABTU  12/3/2022
KITA MASUK KE HARI 721
BERKHALWAT

LAGI 3 MINGGU
TAK PAYAH KHALWAT LAGI

ANGKA 
20,000+++
SEMUA OMICRON

SELAMAT MENGUNDI
BANGSA JOHOR
AMIN

PERANG UKRAINE
MASUK HARI KE 16
GUA RASA
TAK LAMA LAGI PERANG TAMAT
ATAU
KYIV HANCUR

RUSIA GUNA TAKTIK
 BEDIL MUSNAH
INI DARI APA 
YANG TELAH DILAKUKAN 
CHEHCHEN DAN GEORGIA

JALAN TERBAIK
IALAH BERUNDING
UKRAINE DAH KENA KENCING
WAJIB SEDAR
AMERIKA DAN NATO
GUNAKAN UKRAINE
UNTUK KACAU
DAN LEMAHKAN RUSIA

LEPAS INI AKAN ADA
PERANG GERILA BETERUSAN
SENJATA DAN DANA
DARI AMERIKA DAN NATO
TUJUAN:
AGAR RUSIA
TAK SENANG TIDUR
TAK DAPAT MEMBANGUN NEGARA
AMIN

PAGI INI HOKKIEN  SEGAR
MAKIN KERING
TAPI GUA NAMPAK
BEBERAPA EKOR TERKUKUR
DI TEPI LOPAK AIR 
DI JALAN TAR
MEMANGUT MENCARI REZEKI


DI PINTU MASUK
GUA DISAMBUT
OLEH SIMPONI  CENGKERIK
WOW
CUCUK KUAT
CUKUP RANCAK
INI DI BILAS PULA
OLEH MURAI


DUA ATU TIGA EKOR MURAI
BERPANTUNG SESAMA SENDIRI
WOW
GEGAK GEMPITA HOKKIEN

SANG MURAI 
PAGI INI
MILIK LU

 PESAT KUBUR
DAH HAMPIR
GUA NAMPAK ADA 4 TIM
PAGI INI DATANG BEKERJA
TERMASUK PAK CIK WJC 617

KL & KL SENTRAL TERANG
MATA HARI DAH KELUAR
PANAS YANG MENJANJIKAN
AMIN

BRO
SENYAP 
JANGAN BERKATA APA APA
ATAU
JADIKAN KATA KATA
LEBIH SENYAP DARI SUNYI

BRO
LU TIDAK BEBAS
JIKA LU TAK ADA
 NEGARA DIRI SENDIRI
LU TAK BEBAS
JIKA LU TAK MENGURUS ARAH
DIRI LU SENDIRI

BRO
BERI ANAK ANAK
PENCERAHAN SEAWAL MUNGKIN
AGAR KITA TIDAK PERLU
TANGKAP MEREKA 
BILA MEREKA DAH BESAR
UNTUK DI HUKUM

BRO
BILA LU DAH BUAT
KERJA DENGAN PUAS HATI
REHATLAH
BIARKAN YANG LAIN
BERCAKAP APA YANG MEREKA
NAK LABON

BRO
KETIKA MARAH
JANGAN BERSUARA
DAN
JANGAN BERTINDAK

BRO
DUA KATA YANG
PALING PENDEK:
YA DAN TAK
DUA KATA INILAH
YANG MEMERLUKAN
BANYAK PEMIKIRAN

BRO
KITA AKAN DILIHAT BESAR
APABILA KITA
BERLUTUT UNTUK MEMBANTU
KANAK-KANAK

BRO
SENYAP
ADALAH LEBIH BAIK
DARI KATA KATA
YANG TIDAK BERMAKNA

BRO
KEBAHAGIAN INI
TAK PERLU DIKEJAR KEJAR
IANYA SENTIASA ADA
BERSAMA KITA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

  1. Pada Hari 731 Khalwat, aku ke pekan TT, Kuala Klawang breakfast Nasi Lemak di Restoran Jelebu, Jalan Dato Moyang Salleh. Kali kedua aku kesini. Makanan nya sedap, pelbagai dan enjoy. aging mantap Ada Live 4 piece band. Kalah Kl jam sebegini tak ada busking pun. Mantap KK. Aku pas ni Nak melawat old memory, KEM KONGKOI. Aku tak I gathered di mana tapi dah Tanya pada pembantu kedai dan Dia tunjukkan. Kem ini Ada forward base several aku masuk semoadan Pahang menentang komunis dulu sekitar tahun 1986. Sekarang KK sending Aman damai dan stands. Tapi sepanjang Japan aku lihat banyak tank runtuh sepanjang jalan dari Sememyih ke KK. Kerajaan negeri do something, jangan jadi Ampang.

    BalasPadam