SABTU 26/3/2022
KITA MASUK KE HARI 735
BERKHALWAT
BERKHALWAT
LAGI SEMINGGU
KITA AKAN MASUK
KE ANDEMIK
BUKAN LAGI PANDEMIK
DARI PAN KE AND
KAH KAH KAH
TAPI GUA RINDU 2017
GUA TERKENANG 2018
APAKAH IANYA
DATANG LAGI
MALAM TADI GUA
ADA WEBMINAR
DENGAN DIALEKTIKA TV
TENTANG LANGKAH SHARATON 3.0
GUA TAK BERGANJAK
DARI GARIS GUA:
DIIRIKAN
SATU UNITED FRONT BARU
HALANG PENCURI
KEMBALI BERKUASA
DAN
MASUKKAN NAJIB DALAM JIL
KHALAS
PERANG UKRAINE
MASUK KE BULAN KE DUA
KETIKA
MASA AMERIKA SERANG IRAK
PERLU 3 BULAN SEBELUM
IRAQ JATUH
DI UKRAINE
AMERIKA DAN NATO
TERUS BERI SENJATA
PADA ZALENSKYY
INI AKAN MEMANJANGAN PERANG
JELAS NIAT AMERIKA
NAK JADIKAN UKRAINE
MACAM AFGHANSITAN
DIMANA RUSIA AKAN
TERPERANGKAP DITELAN
PERANG GERILA
YANG LAMA
MALAH KALAU DI AFGHANISTAN
RAMAI MUJAHIDIN DARI
PELBAGAI NEGARA DATANG
KINI UKRAINE JUGA
PEKARA YANG SAMA
BERJALAN DI UKRAINE
DI AFGHANISTAN
YANG BERGERLILA JIHADI ISLAM
KINI DI UKRAINE
YANG BERGERILA JIHADI FASIS
PALING MENAKUTKAN
SILAP SILAP
MELEDAK SENJATA NUKLEAR
AMIN
PAGI INI HOKKIEN SIBUK
MERCUN DAN ASAP
KELIHATAN SANA SINI
BERPULUH PULUH BUAH
DI PARKING TEPI JALAN
INI TANDA
SEMBAHYANG ARWAH
SEDANG BERJALAN
GUA TAK IKUT JALAN BIASA
TERLALU BANYAK KERETA
GUA IKUT JALAN BUKIT
UNTUK MENGELAK
DARI ORANG RAMAI
RAMAINYA ORANG
HINGGAKAN PERLU GUNA
KHIDMAT ANGGOTA RELA
UNTUK JAGA & MENGARAH KERETA
GUA TANYA
ABANG RELA
DAN KAKAK RELA
MEREAK DATANG DARI
TIM WILAYAH
AKAN BERTUGAS HINGGA PENTANG
UNGGAS SEMUA
GUA TAK DENGAR
MUNGKIN CABUT LARI
TAKUT BUNYI MERCUN
MACAM TAK TAK EZI
ADUH !
GUA KENA KAWAL TAK TAK
KERANA DI ALTAR KUBUR
ADA PERSEMBAHAN MAKANAN
ADA KUIH APAM
ADA KUIH PAU
ADA GULAI
ADA MEE GORENG
ADA NASI
ADA ITIK PANGGANG
SIAP DENGAN SUDU DAN GARPU
INI TANDA INGAT
ANAK CUCU CICIT
PADA ARWAH
IBU DAN AYAH
BUAH LIMAU
BUAH APPLE
TAK TAK TIDAK MINIT
YANG DISUKAI KUIH APAM
KUIH PAU
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
KITA MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM
BRO
KALAU LU JADIKAN
MENCARI GEMBIRA
SEBAGAI TUJUAN
LU AKAN KECEWA
KALAU LU JADIKAN
KEHADIRAN MAKA
LU AKAN LEGA
BRO
JIKA PEKARA ITU
TIDAK DAPAT DI BAIKI
TERIMA HAKIKAT
HENTIKAN MEMBEBEL
BRO
FALSAFAH HIDUP GIGIH
IALAH HIDUP BAHAGIA
DENGAN MEMBINA
MINDA YANG AMAN TENANG
MELALUI KEYAKINAN
BERUPAYA MELAWAN HALANGAN
BRO
SOSOK BIJAK
BUKAN DIBANGUNKAN OLEH
KEKAYAAN
ATAU DIRUNTOH OLEH KEPERITAN
SOSOK INI BERGANTUNG
PADA DIRINYA SENDIRI
DAN
MENDAPAT GEMBIRA BAHAGIA
MELAUI DIRI SENDIRI
BRO
HUKUM ALAM AZALI
IALAH IANYA TIDAK BERHENTI
DAN TIDAK ADA AKHIRAN
BRO
KITA TAK PERLU
HURAIKAN FALSAFAH HIDUP KITA
PAKAI DAN GUNAKAN
BRO
GUA SUKA
GI TENGOK SEMUA BENDA
YANG GUA GEMBIRA
KERANA TIDAK MEMILKINYA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
Kalau tak tak dan ezi nak makan apam nak makan nasi lauk pauk itik guling yg ada di jirat, bagi saja jgn ditahan. Sebenarnya roh di jirat tu akan masuk dlm badan ezi dan tak tak. Roh akan pilih haiwan. Roh tak akan pilih manusia utk makan persembahan tu semua. Roh tahu ramai manusia akan menipu kunun² dia dah kerasukan roh dan nak makan makanan tu semua.
BalasPadamAgak² klu tt yg kerasukan roh dan makan apam di jirat, dah tentu pengunjung² tak percaya, dia orang mesti syak tt menipu dan nak makan apam free kat jirat.
BRO
BalasPadamGUA SUKA
GI TENGOK SEMUA BENDA
YANG GUA GEMBIRA
KERANA TIDAK MEMILKINYA
AMIN
Ayat yang bagus. Membuatkan gwa terfikir betapa kita terlalu ghairah gembira untuk memiliki semua benda walhal kita hanya perlukan roti garam gandum beras petai dan cinta. Amin.