Khamis, 10 Mac 2022

BUKAN HANYA TUKANG KEBUN DAN TUKANG SAPU

 



Tiada dokumen sah, 33 Pati ditahan di universiti swasta, kata imigresen

SERAMAI 33 warga asing yang disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan sah ditahan di sebuah universiti swasta di Semenyih, Isnin lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata pendatang tanpa izin yang ditahan itu bekerja sebagai tukang cuci serta tukang kebun dan terdiri daripada 27 warga Indonesia, empat rakyat Pakistan selain masing-masing seorang warga Bangladesh dan Nepal.

Beliau berkata hasil risikan mendapati kesemua pendatang tanpa izin berusia lingkungan 22 hingga 67 tahun itu bekerja dari 7 pagi hingga 4.30 petang dalam kawasan universiti berkenaan.

“Hasil maklumat risikan diperoleh, pekerja warga asing ini bekerja di universiti ini lebih kurang dua tahun dan tidak pernah memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) serta tiada dokumen pengenalan diri.  

“Syarikat menggajikan warga asing ini juga dikatakan tidak pernah memohon PLKS bagi pekerjanya dan tujuh saman saksi dikenakan ke atas pengurus serta penyelia di syarikat tersebut bagi mengesan majikan sebenar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Saman saksi merujuk kepada yang notis diberikan kepada individu terbabit untuk hadir ke Jabatan Imigresen bagi tujuan siasatan.

Khairul Dzaimee berkata semasa serbuan dilakukan, pendatang tanpa izin itu cuba melarikan diri dengan memanjat bukit di belakang bangunan asrama pelajar dan ada antara mereka cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan membuka pakaian seragam serta menggantikan dengan pakaian biasa. 

“Ada juga bersembunyi di dalam bilik kecil namun segala usaha pendatang tanpa izin ini berjaya dipatahkan dengan tindakan pantas anggota yang melakukan serbuan.

“Kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan kesalahan lain yang melanggar Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata mereka akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – Bernama, 9 Mac, 2022.

INI LANGKAH

BAIK

AMIN

TAPI JANGAN

JADIKAN MACAM

NAK TUNJUK

IMIGRISEN

BUAT KERJA

AMIN

HANYA TANGKAP

TUKANG KEBUN

TUKANG SAPU

AMIN

TANGKAPAN

TAK LENGKAP

TAK TUNTAS

AMIN

DALM BANGUNAN

ADA RATUSAN

 PELAJAR

SWASTA DARI

LUAR NEGARA

AMIN

PEREKSA RAPI

DOKUMEN  VISA 

MEREKA

AMIN

KOLEJ & UNI SWASTA

JADI SARANG LUBUK

 PENDATANG

HARAM 

AMIN

PALING

RAMAI DARI

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. saya sokong tt...Letih rakyat menggaji pegawai2 kerajaan serta haji hadi...amaLan gaji buta ni punah negara...kita penat2 kerja...pengamaL ajaran gaji buta kaut untung ...tak cukup itu pengamaL gaji juta set undang2 serta SOP peLik2 untuk kita bertujuan tunjuk dia "ADA KERJA" bukan MAKAN GAJI BUTA

    BalasPadam