Sabtu, 5 Mac 2022

DILEMA KERAJAAN

 



Malaysia patut dah buka sempadan, kata Muhyiddin

MALAYSIA sepatutnya sudah membuka sempadan negara sekarang kerana banyak negara sudah kembali dibuka, kata Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu hadirin pada sesi dialog hari ini yang semakin cepat Putrajaya membuka semula sempadan, semakin elok untuk ekonomi negara.

“Jika anda tanya saya bila kita patut buka sempadan kita, saya akan kata, ia patutnya dah buka semalam. Majlis Pemulihan sudah mencadangkan sempadan dibuka pada 1 Mac tetapi majlis diberitahu Kementerian Kesihatan yang kita belum bersedia membuka semula sempadan kita.

“Negara dengan kadar vaksinasi lebih rendah berbanding kita sudah buka semula sempadan mereka seperti Australia dan New Zealand.

“Saya dapat bayangan yang ia akan dibuka tidak lama lagi tetapi lebih cepat lebih baik untuk kita,” katanya pada majlis dialog MPN yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Minggu lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kepada rakyat Malaysia di Kemboja yang negara akan membuka semula sempadan dan memudahkan proses perjalanan terutamanya untuk rakyat yang tinggal di luar negara.

Katanya, varian Omicron melambatkan pelan negara untuk beralih ke fasa endemik yang juga memberi kesan kepada proses pembukaan sempadan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata yang awal suku kedua tahun ini adalah masa lebih realistik untuk membuka semula sempadan negara.

Pada awal Februari lalu, Muhyiddin turut menggesa Putrajaya untuk memberikan tarikh sebenar pembukaan sempadan antarabangsa bagi menarik kemasukan pelabur asing.

Katanya jika sempadan terus ditutup, ekonomi negara tidak boleh beralih ke fasa pemulihan.

Tambahnya lagi, MPN akan meminta Putrajaya untuk membuka sempadan secara berperingkat secepat mungkin bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan seperti kelaziman. – 5 Mac, 2022.


 INI DILEMA

KERAJAAN

AMIN

JAGA KESEHATAN

RAKYAT JANGAN

SAKIT & MATI

ATAU

 PENIAGA

BUKA NIAGA

AMIN

KALAU SAKIT

AKAN MATI

NEGARA SUSAH

AMIN

TAK DA BISNES

NEGARA JUGA 

AKAN SUSAH

AMIN

TAPI KALAU

NEGARA SUSAH

SENANG HASUT

RAKYAT UNTUK

TUMBANGAN

KERAJAAN

AMIN

KAH KAH KAH

1 ulasan:

  1. Ada kobid ke takde kobid ke 1mesia tetap menanggung susah akibat hutang berbillion 1mdb. Kobid tu alasan menutup segala kegagalan. Do you will be damned don't do you will still be damned. Idup mesia.

    BalasPadam