Ahad, 20 Mac 2022

GENG PENJARA BERJAYA

 



Umno tangguh pemilihan 6 bulan selepas PRU15

UMNO meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti itu enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata timbalan presidennya Mohamad Hasan.

Keputusan itu akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), katanya yang meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memastikan tiada halangan dari jabatan itu.

“Keputusan paling besar, pemilihan parti akan ditangguhkan dalam masa enam bulan selepas pilihan raya umum.

“Kalau ini dapat diluluskan maka apa sahaja perkara yang hangat dibincang oleh orang Umno selesai.

“Saya minta perdana menteri perhatikan sikit kalau ditulis kepada RoS jangan ada orang halang, kerana menterinya bukan Umno. Tahu sahaja, susah kita nanti,” katanya.

Mohamad mengumumkan perkara itu dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU).

RoS merupakan satu jabatan bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri yang kini diketuai Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin sebagai menteri.

Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan perpecahan dalam parti sewaktu Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Tuntutan bagi mengadakan pilihan raya umum itu muncul sewaktu pemimpin dan anggota parti galak dengan kemenangan yang diraih dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri.

Ahmad Zahid dalam ucapannya semalam menyebut, majoriti 186 bahagian Umno bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum.

Jabatan Pendaftar Pertubuhan bersetuju dengan keputusan Umno mengadakan pemilihan parti sebelum 29 Disember 2022, katanya.

Kenyataan itu menyahut tuntutan Pemuda Umno pada Khamis yang mengusulkan pindaan perlembagaan untuk menetapkan pemilihan parti dibuat selepas pilihan raya umum. – 19 Mac, 2022.


SABRI 114

JADI PARAH

KAH KAH KAH

PEMILIHAN LEPAS

PRU15

KAH KAH KAH

ZAHID KELUAR

WATIKAH

KAH KAH KAH

APAKAH AYAH DAFI

DI CALONKAN ?

KAH KAH KAH

WOIT

ADA JALAN

SELAMAT

LAMBATKAN PRU

HINGGA ZAHID

JATUH HUKUM

KAH KAH KAH

LAWAN TETAP

LAWAN

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan