Beri kad warga asing di Sabah elak mereka dimanipulasi ekstremis – Musa
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mencadangkan agar kerajaan menyegerakan pemberian kad warga asing di Sabah.
Penasihat pertubuhan itu, Musa Hassan berkata, ini kerana warga asing yang tidak mempunyai kad identiti berisiko dimanipulasi oleh ekstremis yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Mereka ini boleh dimanipulasi oleh kerana kita tidak bantu mereka, mereka akan memusuhi kita. Ini boleh menimbulkan masalah keselamatan pula.
“Kalau kita cadangkan secepat mungkin sebab kita tidak boleh biarkan perkara ini berlanjutan, lagi cepat lagi bagus,” katanya ketika sidang media hari ini.
Tambah bekas Ketua Polis Negara itu, pemberian kad warga asing akan dapat menangani masalah sosial kerana ia boleh digunakan untuk mencari pekerjaan.
“Ia boleh mendatangkan masalah sosial sekiranya tidak ditangani apabila mereka tidak bersekolah, tidak dapat bekerja tidak dapat bantuan kesihatan jadi apa mereka nak jadi? Mereka manusia nak hidup selesa juga,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Musa menegaskan, pemberian kad warga asing akan memudahkan penguat kuasa mengenal pasti warga asing di negeri berkenaan.
“Mereka perlu diberi kad identiti ini (kad warga asing) supaya mudah penguat kuasa mengenal pasti siapa mereka, supaya menyenangkan pihak penguat kuasa untuk mengambil tindakan sekrianya apa-apa berlaku,” tambahnya.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dilaporkan akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan kad warga asing kepada mereka yang telah tinggal bertahun-tahun di Sabah.
Cadangan berkenaan disuarakan oleh kerajaan negeri Sabah kepada Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, Musa berkata kad warga asing berkenaan perlu dilengkapi dengan ciri biometrik untuk mengelak ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
pandangan gua kalau tak boleh mentadbir dgn Adil, tidak mampu memakmurkan Sabah, Sarawak dan Labuan lebih baik serah kembali kepada warga Sabah, Sarawak dan Labuan untuk buat pilihan sendiri...
BalasPadamAiiiks...nie katagory pendatang mana semangat nationalist? Buat buat lupa?
BalasPadam