Saifuddin lawan Rafizi rebut jawatan timbalan presiden PKR
SETIAUSAHA Agung PKR Saifuddin Nasution berkemungkinan besar akan bertanding sebagai calon timbalan presiden menentang Rafizi Ramli bagi merebut jawatan nombor dua parti itu, lapor Free Malaysia Today.
Memetik sumber, laporan itu berkata Farhash Wafia Slavador, bekas pembantu Anwar Ibrahim, tidak akan merebut jawatan itu sekiranya Saifuddin bertanding.
“Beliau dilihat akan memberi lebih saingan kepada Rafizi berbanding Farhash” kata sumber dalam laporan itu..
PKR akan mengadakan pemilihan pada Mei ini.
Rafizi mengumumkan beliau akan kembali aktif dalam politik selepas berehat panjang. Awal minggu ini, beliau mengumumkan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden.
Rafizi buat pertama kali bertanding untuk jawatan tersebut pada 2018 tetapi bekas ahli Parlimen Pandan itu tewas kepada timbalan presiden PKR ketika itu, Azmin Ali.
Bagaimanapun, jawatan timbalan presiden parti itu kosong selepas Azmin dipecat susulan “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020. – 17 Mac, 2022.
Dolah Sani kabarnya sedang merancang tambah cawangan Sham Rais ooiiii.... Dia jeles tengok Khalid Samad baru tambah cawangan....
BalasPadam