Bodohnya Najib, berhutang tak mahu bayar, kata Dr Mahathir
PENGERUSI Pejuang Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangannya ke atas Najib Razak yang masih berdolak-dalik mengenai hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditanggung negara.
Dr Mahathir membangkitkan kenyataan ahli Parlimen Pekan itu semalam di Dewan Rakyat yang mendakwa tiada dana awam digunakan bagi membayar hutang pokok 1MDB.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kenyataan itu menunjukkan kebebalan Najib yang tidak faham bahawa wang rakyat sememangnya digunakan untuk membayar hutang tersebut.
“Saya geli (hati) Najib cakap di Dewan Rakyat kononnya hutang ditanggung kerajaan tak perlu bayar satu sen pun, bodohnya.
“Hutang tak nak bayar, inilah Najib. Hutang tak bayar, dia curi duit tambah lagi hutang sebab itu orang ketawa gelak-gelak terhadap dakwaannya dibuat dalam Dewan Rakyat,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir selanjutnya menjelaskan, pentadbiran yang dipimpinnya sewaktu menjadi perdana menteri ketujuh terpaksa membayar hutang akibat pinjaman Najib.
Beban yang dipikul akibat kecurian itu menyukarkan usaha membangunkan negara, katanya lagi dalam ucapan sewaktu hadir untuk berkempen di Felda Ayer Hitam, Simpang Renggam.
“Memang kita bayar banyak duit hapus hutang dan faedah ini sebabkan negara kekurangan wang untuk bangunkan negara, memberi khidmat kepada rakyat Malaysia.
“Inilah satu perkara yang luar biasa. Najib satu manusia luar biasa. Dia curi duit depan kita lepas itu kata saya tak curi, awak yang curi,” katanya.
Tambah Dr Mahathir, sikap Najib yang tidak menunjukkan rasa malu ke atas jenayah tersebut juga memberi contoh buruk kepada masyarakat.
Ini memandangkan Najib sudah dijatuhi hukuman penjara dan denda sebanyak RM210 juta bagi tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa.
“Ini Najib, bila jadi pencuri dihadap ke mahkamah didapati bersalah, dihukum 12 tahun penjara dia bercakap apa nak malu.
“Dia tak malu, kena hukuman penjara 12 tahun, sebaliknya dia adalah ‘boss’. Kita kalau tak malu rosaklah masyarakat kita,” kata ahli Parlimen Langkawi itu lagi.
Najib sewaktu berbahas di Dewan Rakyat semalam menyebut mengenai wang berjumlah RM23 bilion yang sudahpun dipulangkan kepada Malaysia.
Ia melibatkan wang yang dikembalikan bank pelaburan Goldman Sachs, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank serta Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
Oleh itu, rakyat tidak perlu membayar hutang 1MDB tersebut kerana wang RM16.4 blion dari Goldman Sachs boleh digunakan untuk membayar hutang berkenaan, katanya.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pula dalam sidang sama menjelaskan bahawa kerajaan sememangnya membayar hutang 1MDB.
Katanya, Malaysia mula membayar faedah atau bunga hutang tersebut berjumlah RM6.5 bilion namun belum membayar hutang pokok kerana ia masih belum matang.
Hutang tersebut hanya akan matang antara tahun 2022 hingga 2039, jelasnya di Dewan Rakyat.
Tengku Zafrul berkata sehingga akhir Februari 2022, jumlah keseluruhan hutang 1MDB bernilai kira-kira RM38.8 bilion merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah.
Menurut Tengku Zafrul, prinsipal hutang 1MDB antaranya merangkumi bon terbitan 1MDB Energy Ltd bernilai RM7.35 bilion dan bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35 bilion.
Ia turut merangkumi bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion, katanya.
Najib yang berdepan pelbagai lagi tuduhan sedang merayu hukuman 12 tahun penjara dan denda bagi kes melibatkan SRC International, salah satu bekas unit 1MDB. – 3 Mac, 2022.
Semua yg dikatakan TT, Atuk dan umum yang sedikit sebanyak Brain memang tahu segala apa yang keluar Dari muljt Jibon dan Gerombolan 10 perkara, 15 tak betul. Tapi Rakyat LANUNLAND ni terlalu taksub dan suka percaya pada berita Yg Tak Benar. Pasal tu aku kata, Bila besok Bossku sapu bontot anak bini kita Baru mereka Nak percaya. Binawe tahap Gaban.
BalasPadamNi cerita lepas main taknak bayar la nii.. memang ngamuk la sapa sapa pun. Nak jadi cerita lepas main blakang abg jib lupa bayar tips bising la kawan tu dah jubo pun pedih dahh
BalasPadamIngat dalam sd azilah? Ajip bagi 300 hengget je duit raya..welepas berpenat lelah mengebom.kahkahkahkah
BalasPadam