Selasa, 22 Mac 2022

NAJIB SENGAJA LAMBATKAN

 



Peguam Najib buang masa dengan soalan tidak berkaitan, kata ketua pendakwa raya

PIHAK pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menuduh peguam Najib Razak mengulangi soalan yang sama dan membuang masa mahkamah.

Ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram berkata peguam Najib Hariharan Tara Singh, yang meneruskan pemeriksaan balasnya terhadap bekas pengarah 1MDB Ismee Ismail, bertanya saksi soalan yang tidak berkaitan.

Sri Ram berkata soalan itu sudah ditanya apabila bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan sebelum ini.

“Saya tidak nampak kaitannya. Saya banyak bersabar. Jika hendak dicadangkan kepada saksi ini, semua dokumen yang telah dimasukkan, mesti ada kaitan dengan soalan-soalan itu.

“Keterangan saksi ini mengenai apa yang Shahrol lakukan atau tidak lakukan, sama sekali tidak relevan kerana ia sudah terkandung dalam dokumen, yang mampu membentuk perkara yang dikemukakan.

“Saya hanya mahu menjimatkan masa mahkamah,” kata Sri Ram kepada mahkamah.

Hakim Collin Lawrence Sequerah bersetuju dengan Sri Ram, berkata Ismee tidak dalam kedudukan untuk mengulas mengenai dokumen tersebut kerana ia berkaitan dengan keputusan yang dibuat oleh Shahrol.

Sequerah juga berkata pihak pembelaan “berpusing-pusing” dengan soalan mereka.

Hakim memberitahu pihak pembelaan untuk bertanya soalan yang berkaitan dan bukannya melalui dokumen yang sama yang sudah menjadi bukti.

Pada ketika ini, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata jika mahkamah mendapati perbicaraan berjalan berpusing-pusing, ia adalah kerana bagaimana Shahrol dan lain-lain meletakkannya untuk mengelirukan orang ramai.

Beliau juga berkata perbicaraan ini melibatkan banyak dokumen yang merupakan transaksi “palsu” dan Ismee, yang merupakan bekas ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan itu, boleh mengesahkan semua ini.

Sequerah sekali lagi berkata beliau akan membenarkan tahap latitud tertentu tetapi menambah bahawa soalan selebihnya boleh diarahkan dalam penghujahan mereka.

Najib sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penyelewengan dana 1MDB RM2.28 bilion.

Beliau berdepan 25 pertuduhan - empat untuk salah guna kuasa dan 21 untuk pengubahan wang haram - untuk kesalahan yang dilakukan antara 2011 dan 2013.

Terdahulu hari ini, Sri Ram juga telah membantah soalan Hariharan, yang mahu Ismee menjelaskan bagaimana Casey Tang Keng Chee, bekas pengarah eksekutif di 1MDB, telah dimasukkan ke Lembaga Pelaburan Terengganu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low.

Sri Ram mempersoalkan kaitan soalan itu dan berkata pihak pembelaan harus terus kepada perkara yang mereka mahu kemukakan dan bukannya meminta saksi menjelaskan sejarah 1MDB.

Hakim Sequerah mengakui kebimbangan Sri Ram dan berkata beliau juga tidak akan melihat penghujungnya jika pihak pembelaan meneruskan kaedah soal siasat yang sama.

“Saya tidak nampak kesudahan untuk saksi ini pada masa hadapan jika kita teruskan seperti ini.

“Saya sebenarnya telah membenarkan banyak latitud tetapi bolehkah kita membawa perkara ini kepada kesimpulan,” kata Sequerah.

Perbicaraan 1MDB Najib bersambung esok. – 22 Mac, 2022.

KAH KAH KAH

WOIT

PENDAKWA

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

INI TRIK NAJIB

NAK LAMBATKAN

KES BERJALAN

AMIN

HINGGA PRU15

DENGAN NIAT

AKAN ADA

KERAJAAN BARU

TANPA MUHYIDIN

TANPA BERSATU

AMIN

KERAJAAN BARU

AKAN BUKA 

KEMBALI SEMUA

KES

KAH KAH KAH

 BUKAN BUANG KES

 TAPI 

NAK BICARA 

SEKALI LAGI

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan