Isnin, 28 Mac 2022

PAK LEBAI SERAMBI MEKAH JUAL TANAH PADA TOWKAY

 


 KESIAN  RAKYAT 

 KELANTAN



Tamrin  Ghafar

Sabtu - 26/03/22
( 1 -  24 )


1.   Sudah hampir 65 tahun Merdeka  namum  Kelantan masih JAUH  ketinggalan jika dibandingkan  dengan  negeri - negeri lain diMalaysia

2.  'SERAMBI  MEKAH' - itu gelaran yang diberikan oleh tokoh - tokoh PAS  ketika itu - apakah Islam memang mahukan penghanutnya hidup daif  seperti yang kita lihat atau gelaran itu hanya gimik politik sahaja

3.  Dari segi sosial negeri  Serambi Mekah ini mencatatkan kemunduran yang amat ketara :

i.  Jumlah kemiskinan dan penceraian terlalu tinggi  begitu juga dengan salah guna dadah ,  kes buang anak dan  pembunuhan

ii.  Sampah sarap  bersepah dan berbau busuk , ianya tidak diurus  dengan baik

iii.   Pembangunan Negeri ibarat kura - kura  yang tempang malah  lebih teruk lagi dari itu

4.  Kehidupan harian rakyat TIDAK  DI BELA , yang  senang dan mewah ialah Wakil - Wakil  Rakyat  Parti pemerintah - PAS

5.  Hampir setiap hari rakyat DI LALAIKAN  dengan Fatwa dan Hadis yang tak pasti kebenaran nya

6.  Umum yakin jika disiasat dan  diselidik pasti ramai diantara Wakil Rakyat PAS  boleh diheret keMahkamah atas isu salahguna kuasa dan rasuah

7.  Di Kuala Lumpur dan Bandar - Bandar Besar selain dari orang  'ASING'  yang tidak ada permit atau menyalahguna  permit mereka  seperti dari Bangladesh , Myanmar, Nepal  dan Indonesia ,  kehadiran rakyat Kelantan pun begitu ramai  membanjiri Bandar - Bandar tersebut

8.  Kehadiran orang 'ASING'  yang begitu ketara  membuktikan kegagalan  'Enforcement Officers'  atau  mereka sememangnya  TERLIBAT  dengan rasuah


9.  Kebanjiran  '0rang Kelantan adalah MANIFASTASI  KEGAGALAN  pemimpin - pemimpin  PAS sejak diamanahkan rakyat

10.  Setiap kali Pilihanraya pengundi - pengundi 'luar' akan dikumpul dan disediakan  pengangkutan  berserta  'allowane khas' oleh puak - puak PAS

11.  Oleh kerana takut termakan sumpah dan  takut tak masuk syurga maka mereka yang berjumlah  melebihi 1 juta  penggundi akan mengekalkan pemerintah yang ada

12.  Mereka ini SANGGUP  melihat keadaan rakyat Kelantan yang terumbang ambing seperti sabut kelapa di laut asalkan  DAPAT  UPAH

13.   Rakyat maseh ingat  Wakil - Wakil Rakyat  mereka  bermewah  membeli  kereta baru  hasil bantuan RM400 juta  oleh Kerajaan Pusat pimpinan Tun Dr. Mahathir beberapa tahun lepas

14.  Yang  sedang dibicarakan sekarang ialah  SKANDAL  tanah  seluas 17 ribu ekar

15.  Syarikat Sindiyan Sdn. Bhd  dikuasai oleh 3 orang peniaga Cina dan seorang Melayu  ( sila lihat lapuran yang disertakan )

16.   SPRM  dan POLIS , jika tidak disogok atau juga tidak terlina  dengan nyanyian , mereka SEPATUT NYA SIASAT   dan ambil segera  tindakan kepada Kerajaan Negeri dan individu  yang terlibat ; jangan anggap mereka yang berserban dan memberi kuliah bersih dari amalan rasuah

17.  Parti inilah yang mula - mula bertanggong jawab memecah belahkan  perpaduan kaum dengan menggunakan ayat - ayat  Al Quraan  dan Hadis

18.  PAS  membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap  orang Cina khususnya  DAP  - malangnya maseh ada orang Melayu yang termakan dengan hasutan

19.   PAS  boleh  melupakan  perjuangan  asalkan  mereka  dapat kemewahan

20.   Lihat sajalah  klip video  ucapan Hadi dan gambar - gambar berpelukan dengan pemimpin - pemimpin  DAP  sewaktu  mereka mahu menumbangkan UMNO/ BN tapi kini bak kata pepatah :

LAIN  PADANG
LAIN  BELALANG

LAIN  HULU
LAIN  PARANG

LAIN  DULU
LAIN  SEKARANG

21.  Semoga Raja mereka terus bertahta di beberapa buah Istana baru termasuk  yang  maseh dalam  pembinaan di Ampang Hilir , Kuala Lumpur

22.  Bak kata seorang kawan dari Kelantan 'kan negeri Serambi Mekah  kaya dengan segala hasil maksum yang boleh digunakan membina banyak lagi Istana  , dan  Wakil Rakyat pula diberi berbagai  kemudahan'

23.   Sama - sama kita  tunggu 'FATWA' baru mereka kelak

24.   ELOK LAH  PEMIMPIN - PEMIMPIN  KELANTAN  TERUS  BERCAKARAN  SESAMA SENDIRI -  peduli apa rakyat - yang penting 'aku'

Wassalam
Terima Kasih



Tiada ulasan:

Catat Ulasan