Selasa, 29 Mac 2022

PENG ANAL TAK REALISTIK

 



Konsep 'khemah besar' pembangkang tidak realistik, kata penganalisis

PENDEKATAN “khemah besar” dalam kalangan parti pembangkang berkemungkinan besar tidak akan berjaya memandangkan perkembangan politik baru-baru ini yang mendedahkan saingan kepentingan yang tidak boleh diselaraskan, kata penganalisis politik.

Sebagai contoh, syak wasangka sedia ada menjadikan rundingan sukar, kata Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Semua orang nampaknya tidak sefahaman. Malah, musuh bersama dalam Barisan Nasional (BN) pun nampaknya tidak cukup untuk membawa parti pembangkang bersama-sama di bawah satu khemah besar,” katanya.

Perkembangan lain ialah lompat parti dalam kalangan parti pembangkang, seperti dua bekas Adun DAP yang menyertai Warisan baru-baru ini - Adun Sri Tanjung Justin Wong dan Adun Elopura Calvin Chong.

Tunku Mohar berkata ini mencetuskan rasa tidak percaya antara parti pembangkang, terutamanya apabila parti yang menerima, memilih untuk mengambil anggota yang berpaling tadah daripada sekutu mereka.

Wong dan Chong meletak jawatan daripada DAP Sabah pada Januari dan menyertai Warisan bulan ini.

Penganalisis politik Profesor Wong Chin Huat dalam pada itu mengetengahkan isu pertindihan pasaran pilihan raya.

Beliau berkata parti Muda dan Pakatan Harapan (PH) perlu membuat perjanjian kerana kedua-duanya memerlukan kumpulan pengundi yang sama.

Bagi PH dan Warisan di Sabah, kerjasama seperti itu tidak mungkin kerana dua sebab.

“Pertama, Warisan kini menyatakan kesediaannya untuk menyertai khemah besar Gabungan Rakyat Sabah atau BN. Kedua, DAP tidak akan menyerahkan kerusi yang disandang oleh kedua-dua pembelot kepada Warisan,” kata Wong.

“Khemah besar antara PH, Warisan dan Pejuang di Malaysia Barat adalah tidak relevan kerana semua calon Warisan dan Pejuang kehilangan deposit mereka dalam pilihan raya negeri Johor,” katanya.

Pada pilihan raya negeri Johor, 12 Mac lalu, PH tidak bernasib baik dalam menghadapi kebangkitan semula BN, yang memenangi majoriti besar.

Dr Oh Ei Sun, seorang felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata pembelotan dua wakil DAP Sabah ke Warisan adalah petanda konsep khemah besar, walaupun kedengaran bagus dari segi teori, kemungkinan besar tidak praktikal untuk dilaksanakan.

“Ini kerana kebanyakan parti pembangkang utama berfikiran memperkukuh diri masing-masing dengan mengorbankan parti pembangkang lain,” katanya.

“Sekurang-kurangnya, mereka akan berlawan siapa yang akan mengetuai khemah besar itu. Saya tidak fikir rundingan serius mengenai khemah besar sedang dijalankan,” katanya.

“Kemungkinan besar mereka akan berbalah dalam pilihan raya dan cuba mendapatkan kerusi di meja rundingan untuk membentuk pakatan pemerintah selepas pilihan raya,” katanya.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata konsep khemah besar antara PH dan parti pembangkang lain bergantung kepada siapa ketua pembangkang semasa rundingan.

Katanya, ini susulan sentimen yang jika Anwar Ibrahim dipilih oleh PH sebagai calon perdana menteri, parti lain mungkin tidak berminat untuk menyertai khemah besar itu.

Kritikan dan gesaan untuk berundur disuarakan terhadap Anwar berhubung keputusan teruk pilihan raya negeri PKR di Melaka dan Johor baru-baru ini. 

Keputusan PKR menggunakan logo sendiri dan bukannya PH juga dilihat sebagai kedegilan kerana mengulangi kesilapan yang sama dua kali.

Mengenai rundingan antara PH dan Warisan, Chin berkata mungkin ada perasaan buruk tetapi ia tidak akan cukup untuk memusnahkan sebarang peluang rundingan antara kedua-dua kumpulan itu.

“Ketika Pilihan Raya Umum ke-15 semakin hampir, keadaan akan berubah,” katanya.

Aktivis politik Hishamuddin Rais berkata kini adalah mustahak bagi parti pembangkang untuk bekerjasama dan mempunyai barisan hadapan yang bersatu.

“Mereka mesti mewujudkan gabungan yang melibatkan semua parti pembangkang, dan jika ia gagal, maka mereka mesti mempunyai pakatan pilihan raya antara satu sama lain, tetapi jika itu juga gagal, maka persefahaman bersama antara mereka diperlukan,” katanya.

Beliau berkata sekarang adalah masa untuk mereka mencari musuh yang sama sebelum pilihan raya umum diadakan.

Mengenai tindakan Warisan menerima dua bekas Adun DAP itu, Hishamuddin berkata adalah perkara biasa bagi Adun bertukar parti politik dan ia tidak akan menjejaskan rundingan.

“Bagi Adun berpindah parti, ia adalah perkara biasa untuk diamalkan dalam demokrasi berparlimen,” katanya. – 29 Mac, 2022.


BANYAKKAN

KAWAN

KURANGKAN

MUSUH

AMIN

INI ALIF BA TA

POLITIK

AMIN

POLITIK IALAH

SENI SERBA

MUNGKIN

KHALAS

DALAM POLITIK

TIDAK ADA MUSUH

TETAP

AMIN

YANG TERUS TETAP

HANYA 

KEPENTINGAN

AMIN

JIKA ESOK

CHINA MERAH

SERANG MALAYSIA

GUA AKAN

BERSAMA 

PAS UMNO DAN

SESIAPA SAJA

YANG BANGUN

MELAWAN

CHINA MERAH

AMIN 

INI NAMANYA 

BARISAN BERSATU

KHALAS

1 ulasan:

  1. Betul juga. Kalau dalam khemah besar ada saekor gajah besar yang buat kacau, khemah tu akan runtuh. Sebab tu, mesti halau gajah dari dalam khemah dulu.

    BalasPadam