Khamis, 24 Mac 2022

SABRI SELAMAT PANDANGAN PEGUAM

 


Tolak pindaan SOSMA bukan bermakna PM hilang sokongan majoriti

KUALA LUMPUR – Kegagalan kerajaan mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat bagi meminda Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak bermakna Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah hilang sokongan majoriti.

Peguam Haniff Khatri berkata, pandangan bahawa tindakan pembangkang itu boleh menyebabkan perdana menteri hilang majoriti di Dewan Rakyat adalah menyalahi konsep Perlembagaan serta undang-undang khusus berkaitan tadbir urus negara.

Katanya, bukan setiap usaha kerajaan membentangkan rang undang-undang di Dewan Rakyat yang tidak mendapat sokongan bermaksud berlaku secara serta-merta serangan terhadap majoriti yang diperoleh perdana menteri.

Beliau berkata, satu-satunya pembentangan rang undang-undang yang secara tradisionalnya jika tidak mendapat sokongan dan boleh dianggap perdana menteri hilang majoriti adalah usul pembentangan belanjawan  negara.

Katanya, keadaan itu jika berlaku maka perdana menteri sebagai ketua kerajaan yang menyelia perbelajaan negara telah hilang keyakinan dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Maka sesiapa menghujahkan perdana menteri hilang mejoiti semata-mata kerana isu SOSMA maka hujah tersebut tidak tepat dari sudut Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Haniff mengulas perkembangan di Dewan Rakyat yang menyaksikan usul kerajaan untuk meminda Akta SOSMA bagi membolehkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA yang akan berakhir 31 Julai ini dilanjutkan lima tahun lagi.

 WOIT

KALAU BUJET

TAK LULUS

BARU KERAJAAN

JATUH

AMIN

YANG NI BUKAN

BUJET

KHALAS

SABRI 114

MASIH ADA 114

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan