Khamis, 31 Mac 2022

SOALAN TEPAT DARI ANWAR

 

Adakah Putrajaya libatkan syarikat Singapura bina, urus MySejahtera, soal Anwar

KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada Putrajaya melibatkan entiti milik asing untuk membina dan mengurus aplikasi MySejahtera yang boleh membawa kepada potensi kebocoran data.

Baru-baru ini didedahkan bahawa aplikasi itu dibangunkan tanpa kontrak sewajarnya antara Kementerian Kesihatan dan pemaju asalnya Entomo Malaysia Sdn Bhd, sebelum ini dikenali sebagai KPISoft Malaysia Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata semakan dengan Suruhanjaya Syarikat menunjukan Entomo dimiliki sepenuhnya oleh Entomo Pte Ltd, sebuah syarikat Singapura.

“Ini membimbangkan tatkala kerajaan Malaysia telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan CSR untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat Malaysia. 

“Saya juga terkejut bahawa Majlis Keselamatan Negara pada bulan April 2020 telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi yang sangat penting kepada kepentingan keselamatan negara yang tidak hanya punya akses kepada maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian yang bertulis, tapi mempunyai pemilikan ke atas kerahsiaan dan data aplikasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Entomo yang membina aplikasi itu baru-baru ini menjual harta intelek dan lesen perisian untuk aplikasi MySejahtera kepada MySJ Sdn Bhd pada harga RM338.6 juta.

Penjualan ini kini memaksa kementerian mengadakan rundingan terus dengan MySJ dan bukannya melalui tender terbuka.

Anwar berkata terdapat kemungkinan pelanggaran data di mana maklumat ini boleh digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk objektif mereka sendiri.

“Rakyat Malaysia mahu tahu di manakah data itu disimpan? Apakah ia disimpan di dalam persekitaran yang selamat dengan akses yang terhad? 

“Mekanisme apa yang digunapakai bagi mengelakkan pihak ketiga dari mengakses dan mencuri data mereka? Apa jenis perlindungan yang rakyat ada bagi mengelakkan data itu disalahguna yang akan mengakibatkan mereka dianiaya, ditipu dan di-diskriminasi?,” katanya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kabinet pada 26 November tahun lepas memutuskan MySejahtera kekal sebagai hak milik kerajaan.

MySejahtera mempunyai lebih daripada 10 modul dan 38 juta pengguna terdiri daripada warga tempatan, warga asing dan pengembara.

Data aplikasi itu berada di bawah pengawasan KKM sejak ia mula digunakan, tambahnya.

Khairy berkata transaksi data MySejahtera dimuat naik ke rangkaian pelawan awan setiap hari dan boleh diakses hanya untuk penggunaan aplikasi itu. – 29 Mac, 2022.

PEKARA MACAM

INI YANG RAKYAT

MINTA

AMIN

BUKAN I GOT

THE NUMBO

AMIN

2 ulasan:

  1. Tt puji2 lah si nuar ni. Tak lama lagi blog tt mesti kena sekat. Cukong kat belakang menteri mesti bengang punya.

    BalasPadam
  2. Abam sekali sekala kena timbulkan balik isu Azam Puki...jangan jadi TT...hangat2 tahi ezi....
    Selagi barua yang tak berintegriti tu mengepalai institusi menentang rasuah, hanya ikan bilis yang minta suapan seratus dua saja yang kena tangkap manakala penyamun berjuta berbilion dilepaskan..
    Memang pelaq la...

    BalasPadam