Tarian seksi: Khairuddin Al-Ketati desak pihak terbabit minta maaf
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Khairuddin Al-Ketati mendesak pihak terbabit tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat berikutan persembahan tari menari seksi dalam majlis dihadiri barisan pemimpin Perikatan Nasional semalam.Dalam hantaran di laman Facebook, beliau yang dipecat dari Jawatankuasa Pas Pusat dan jawatan setiausaha Majlis Syura baru-baru inu berkata, apa yang terjadi semalam juga menjejaskan nama rakan kerjasama politik PN di saat kempen pilihan raya sedang hangat.
“Pahit tetapi teguran perlu dibuat agar masyarakat dapat menilai prinsip Perikatan Nasional yang jelas berkaitan Islam,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau mengulas video tular menunjukkan aksi seksi sekumpulan penari dalam satu majis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin di Johor Bahru yang antara lain dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin dan Pengarah PRN Johor, Hamzah Zainuddin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, memang tidak selayaknya majlis tari menari ala bogel menjadi hidangan kepada pimpinan politik muslim walaupun penganjurnya bukan muslim.
Apatah lagi, katanya, ia juga bercanggah dengan nilai ketimuran dan nilai masyarakat Malaysia.
“Di saat rakyat berhadapan dengan musibah dan di saat rakyat diajak untuk bermunajat memohon keampunan kepada Allah agar dilepaskan daripada musibah covid-19 apa yang berlaku mengguris sedikit perasaan rakyat,” katanya. –
Lebai Dia ni macam dalam filem Musang Berjanggut. Bila PUSPAWANGI tanya Dato NIKAH KAHWIN, tak Salah ke datang ke rumah seorang wanita semasa suami tiada di rumah, jawab Dato Nikah Kahwin, Salah tapi undangx boleh dipadam di rubah pasal undangx Dato yang buat.
BalasPadamSemua tu halal, curik rasuah sapu duit rakyat halal jugak kah wahai Al ketati Audi? Tapi ini kali lah, Najib come back, ramai sudah sokong, tunggu dan lihat saja nanti, walau dilabel The Saint, pencuri bermoral tapi Najib diterima, walau curik masih bagi bagi kepada rakyat, bukan macam Mahathir, curik curik bagi anak kroni saja, so ini kali rakyat sedar, buat sokong pencuri baik dari pencuri jahat macam Mahathir Kerala, Melayu Melayu Melayu bukan layu bukan mudah lupa kah kah kah
BalasPadamHOOiii Tt...apa ke bangang ekau ni? Lelaki selagi masih berdaya berjalan dan makan tetap bernafsu kepada perempuan, tak kira lebai ke, hakim ke, atau ahli politik tetap bernafsu. Yang ekau pun bernafsu tapi tak berbini sebab tak berduit dan penganggur. Jangan cemburu dengan lebai...sebab lebai tahu kalau main perempuan tanpa nikah hukumnya haram. Ekau lain la !!!!macam kambing...
BalasPadam