Khamis, 7 April 2022

AM BANK ? INGAT APA TERJADI PADA PEMULA AMBANK

 



RM2.28 bilion milik 1MDB masuk akaun Najib, kata pihak pendakwa

PIHAK pendakwaan dalam perbicaraan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib Razak hari ini berkata berbilion ringgit yang dikumpul oleh dana itu masuk ke akaun peribadi bekas perdana menteri itu di AmBank.

Ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram mengeluarkan beberapa carta di mahkamah pagi ini untuk menunjukkan jejak aliran rumit wang itu sebelum akhirnya masuk ke dalam dua akaun bank Najib yang berakhir dengan digit 694 dan 880.

Secara keseluruhan, carta menunjukkan RM2.28 bilion milik 1MDB dipindahkan ke dalam akaun Najib antara 2011 hingga 2014. Ini juga dinyatakan dalam kenyataan pembukaan Sri Ram.

Carta itu ditunjukkan kepada saksi ke-13 pihak pendakwaan, Ismee Ismail, yang mengesahkan wang sememangnya dimasukkan ke dalam akaun AmPriva Banking Najib dan akaun AmIslamic Bank dalam soal balas.

Sri Ram menunjukkan kepada saksi beberapa carta yang menunjukkan wang 1MBD dikumpulkan melalui pinjaman jangka sederhana Islam (IMTN) sebanyak AS$5 bilion yang masuk dalam akaun Najib dengan digit 694.

Daripada AS$5 bilion yang diperoleh melalui IMTN, AS$700 juta dimasukkan kepada Good Star limited, sebuah syarikat yang dikawal oleh Low Taek Jho. 

Dari situ, wang itu mengalir melalui beberapa akaun sebelum berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Daripada Good Star, wang itu masuk melalui akaun Tarek Obaid dan Putera Turki Abdullah, pengasas bersama PetroSaudi International Ltd. – 7 April, 2022.

SEKARANG BARU

KITA SEDAR

KENAPA NAJIB

KENAPA ROSMAH

TAK MAHU

SRI RAM MENJADI

KETUA PENDAKWA

AMIN

JELAS REBUKTI

SRI RAM INI

BIJAK SUSUN

CERITA JADI

FAKTA BERHUJAH 

KHALAS

SEMUA BUKTI

YANG DIBAWA

 SRI RAM 

KE MAHKAMAH

ADALAH PALSU

AMIN

BERNIAT JAHAT

UNTUK MENGHINA

PEMIMPIN ISLAM

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Kalau negara ini ada orang orang smart begini alangkah baik, tetapi geng penyamun perompak perasuah yang control negara ini sampai jadi papa kedana, curi demi curi, rasuah demi rasuah atas nama ketuanan Melayu terus dilakukan dengan agenda memgkayakan diri kaum kerabat kroni puak politikus amin, syukur kah kah kah

    BalasPadam