Ahad, 17 April 2022

SABRI 114 CALON PM

 


Namakan Ismail Sabri calon PM bukan helah, kata Ahmad Maslan

DAKWAAN Amanah yang Umno menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai helah untuk mempercepatkan PRU15 adalah tidak benar, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata Umno tiada helah tersembunyi, dan setiap parti berhak untuk menamakan mana-mana calon atau pemimpin mereka sebagai perdana menteri masing-masing.

“Itu adalah hak kita (untuk menamakan dia), bukan helah atau apa ke, (PRU15) bila-bila masa yang didapati sesuai oleh perdana menteri dapat diadakan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis iftar, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad baru-baru ini yang menganggap keputusan Umno itu sebagai helah bagi menggesa Ismail Sabri menyegerakan pembubaran Parlimen untuk diadakan pilihan raya.

Beliau turut menepis dakwaan sesetengah pihak yang Umno akan menamakan calon lain sebagai perdana menteri setelah menang PRU15, seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini yang menyaksikan pelantikan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar Johor yang baharu.

Terdahulu Ahmad mengumumkan Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini melantik Onn Hafiz sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi manakala dua Ahli MT Umno yang lain iaitu Razali Ibrahim pula dilantik sebagai penyelaras Alumni Umno Siswa dan Siswi dan Mohd Sharkar Shamsudin sebagai penyelaras Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara. – Bernama, 17 April, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

HANYA SATU

SAJA JANGAN

LUPA

KAH KAH KAH

INGAT CARA

MEMBACA MEDIA

MALAYSIA

KAH KAH KAH

KALAU DINAFIKAN

ERTINYA BENAR

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan