Ahad, 3 April 2022

HENTIKAN KERJA BODOH

 




4 lelaki ditahan bersama 420 bungkus air ketum, 75kg daun ketum

POLIS menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum selepas menahan empat lelaki bersama 420 bungkus air ketum dan 75 kilogran daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit, Bayan Lepas dekat Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan pada jam 1.45 tengah hari dan menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis menemui 120 bungkus air ketum yang siap diproses di dalam kereta diparkir di hadapan rumah manakala pemeriksaan di dalam rumah menemukan tiga tong ais di dalamnya mengandungi 300 bungkusan air ketum yang siap diproses bernilai RM2,100.

“Selain itu, kami turut merampas 15 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 75kg bernilai RM3,000 dan pelbagai peralatan untuk memproses air ketum,” katanya hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek menjual air ketum itu di sekitar Bayan Lepas dengan harga RM5 dan sindiket itu mendapatkan bekalan daun ketum dari negeri jiran, katanya.

Kamarul Rizal berkata, empat lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Dalam perkembangan lain, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Rahimi Ra’ais berkata, polis menahan seorang lelaki etnik Rohingya kerana membuat laporan palsu mendakwa disamun namun siasatan mendapati dia bertindak sedemikian kerana kehilangan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), dua hari lalu.

Katanya, lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu itu mendakwa disamun dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis ketika berjalan di kawasan jejantas berhampiran Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

“Siasatan polis mendapati kejadian itu tidak berlaku dan tujuan laporan dibuat adalah bagi mendapatkan kad UNCHR baharu kerana kad lama sudah hilang dan tamat tempoh pada 2021,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berusia 30-an itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. – Bernama, 2 April, 2022.

HENTIKAN KERJA

BODOH INI

AMIN

JANGAN BUANG

MASA POLIS

AMIN

POLIS ADA TUGAS

YANG LEBIH

DIPERLUKAN

AMIN

KETUM BUKAN

MUSUH KITA

AMIN

KETUM TUMBUHAN

ASLI MALAYSIA 

MACAM PETAI 

MACAM JERING

AMIN

DI SIAM

DI INDONESIA

KETUM BERGERAK

BEBAS

AMIN

DI AMERIKA KETUM

DALAM PASARAN

PERUBATAN

AMIN

DI AMERIKA ADA

CAFE KHAS UNTUK

PEMINUM KETUM

AMIN

HENTIKAN KERJA

BANGANG 

JANGAN BUANG

MASA POLIS

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan