Jumaat, 29 April 2022

JANTAN HEBAT

 


Polis berjaya tahan semula tahanan lolos lokap

TAHANAN lelaki yang meloloskan diri dari Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru, dekat George Town Selasa lepas, berjaya ditahan semula di Batu Kurau, Perak, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki itu, Azizi Mohammad Hassan, 33, ditahan kira-kira 6 petang di dalam sebuah chalet di kawasan Batu Kurau.

“Penahanan lelaki itu adalah hasil maklumat orang ramai, risikan serta intipan pihak polis. Kami sedang menjalankan siasatan bagaimana lelaki itu boleh sampai ke sana (chalet) dan dengan bantuan siapa.

“Seluruh badan lelaki itu bengkak akibat alahan kulit yang teruk dan kami terus membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang media di George Town hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, lelaki terbabit yang ditahan di Jelutong atas kesalahan dadah pada 20 April lepas disedari telah meloloskan diri dari lokap tersebut dan berikutan itu polis melancarkan operasi mengesannya.

Mohd Shuhaily berkata semasa ditahan pada 20 April lepas, lelaki itu sememangnya sudah mengalami bengkak namun tidak seteruk semalam.

Beliau berkata lelaki itu yang stabil selepas dirawat, kini direman empat hari bermula hari ini di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 223 serta 224 Kanun Keseksaan selain memudahkan dia menerima rawatan di HPP jika kesihatannya kembali teruk.

“Berdasarkan siasatan, lelaki itu melarikan diri dari lokap tersebut tanpa bantuan sesiapa termasuk polis yang bertugas di situ, dia juga dipercayai lari dari situ kerana isterinya hendak bersalin,” katanya.

Menurutnya siasatan mendapati wujud elemen kecuaian dalam kejadian lolos tersebut dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu membabitkan enam anggota berpangkat Lans Koperal serta Koperal berusia 20-an hingga 30-an.

“Dalam kertas siasatan itu, kami usulkan tindakan yang sesuai (terhadap enam anggota) kepada Timbalan Pendakwa Raya. Enam anggota tersebut telah dibebaskan daripada reman hari ini dan mereka dipindahkan ke bahagian lain untuk penugasan sehingga siasatan selesai,” katanya. – Bernama, 29 April, 2022.


KIRA HEBAT

JANTAN INI

KALAU LOLOS

TANPA RASUAH

AMIN

APA JADI DGN

NIGERIA INI ?

AMIN

LARI DARI LOKAP

PAKAI RASUAH

AMIN

ADAKAH TELAH

BERJAYA DITANGKAP

KEMBALI

AMIN

SAPA DAPAT DUIT

BERI NIGERIA INI

LARI ??

AMIN

SAJE TANYA

KERANA NAK

TAHU BERITA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan