Selasa, 19 April 2022

NAJIB BUAT HELAH LAGI

 




Kes SRC: Najib mohon lebih masa untuk fail petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan 

BEKAS perdana menteri Najib Razak memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga 25 April ini untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib selaku pemohon, memfailkan notis usul itu di Mahkamah Persekutuan pada 11 April lepas menerusi Tetuan Shafee & Co. 

Berdasarkan afidavit sokongan yang diperoleh media hari ini , Najib berkata alasan penghakiman yang disediakan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan mengandungi 176 jilid keseluruhannya dan pihak pembelaan menerimanya pada 31 Mac lepas.

“Ia adalah mustahil untuk pasukan pembelaan saya meneliti rekod rayuan yang diterima dan menyediakan petisyen rayuan yang lengkap dalam masa yang singkat bagi menangani segala isu yang telah diketengahkan oleh Hakim - hakim Mahkamah Rayuan.

Alasan penghakiman tersebut perlu diteliti dengan memeriksa nota prosiding pada kedua-dua peringkat prosiding bagi memastikan ketepatan dalam dapatan fakta, inferens yang dibuat dan undang-undang yang terpakai,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Najib kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. – Bernama, 18 April, 2022.

INI TIPU HELAH 

NAJIB NAK

LAMBATKAN

MASUK PENJARA

AMIN

 ZAHID ANGKAT

SABRI 114 JADI

CALUN PM

AMIN

INI CARA BIJAK

UNTUK BUBAR

PARLIMEN

AMIN

BILA KERAJAAN

BARU ADA NAJIB

 GENG PENJARA

GENG MAHKAMAH

AKAN  GANTI

PEGUAM NEGARA

 UBAH HUKUMAN

AMIN

KERANA INI

NAJIB MAHU

LAMBATKAN

KES SELESAI

KHALAS

PEGUAM QUEEN

AKAN SAMPAI

PERLU BELAJAR 

BAHASA MELAYU

INI AMBIL MASA

KAH KAH KAH

SEMUA INI

TIPU HELAH

PENCURI PENYAMUN

AMIN

RAKYAT MAHU

NAJIB MASUK

PENJARA

PETANG INI

SEBELUM

 BERSUNGKAI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan